Use your ← → (arrow) keys to browse
3) Trend Siren Eyes, ala-ala Smoky Eyes
Kami terlihat TikToker Jillian Nicole Smith, membuat transformasi daripada solekan mata besar ke solekan siren eyes ini. Cukup seksi. Walaupun trend cantik ini sudah lama terlihat, antara yang pernah menggayakannya ialah Bella Hadid, namun ia mula meraih perhatian apabila beberapa TikToker kecantikan mula mengangkat kembali trend ini di TikTok. Terdapat sedikit perbezaan daripada smoky eyes biasa, di mana solekan mata ini tidaklah dioles terlalu berat warnanya pada kelopak mata, namun pembayang mata dilayang lembut serta memberi fokus lebih pada mainan garis bayang mata untuk memberi ilusi lebih misteri serta memukau mata sesiapa yang memandang.