Toner Pad Untuk Kulit Glowing! Sekadar Hype atau Betul Efektif? - Glam Malaysia
Toner Pad Untuk Kulit Glowing! Sekadar Hype atau Betul Efektif?

Toner Pad Untuk Kulit Glowing! Sekadar Hype atau Betul Efektif?

Viral di laman TikTok, aktres cantik Eyka Farhana menggunakan Toner Pad sebagai rutin penjagaan wajah wajibnya! Di Korea, trend ini sudahpun menjadi kebiasaan tetapi ikuti 5 sebab kenapa ia menjadi kegilaan ramai.

Sebelum itu, tahukah anda apa itu ‘Toner Pad’? Ia merupakan asas penggunaan toner dimana penciptaannya lebih inovasi. Produk ini diperbuat daripada kapas bersih dan berbeza dengan kapas muka biasa. Kapas ini diserap rapi dengan kandungan toner dan mempunyai permukaan tipis. Malah, lebih mudah menyerap pada permukaan wajah.

the face shop

Toner Pad yang ada di pasaran dibuat dengan dua permukaan berbeza iaitu kasar dan halus. Permukaan halus Toner Pad dipakai untuk menghidrasi kulit wajah manakala permukaan yang kasar  pula bertindak sebagai pembersih atau membantu pengelupasan sel kulit mati seperti membersihkan minyak dan kotoran pada kulit wajah.

4 MANFAAT TONER PAD

Setiap individu akan merasai perbezaan manfaat. Namun secara umumnya, ia dipakai untuk merawat kulit wajah.

1. MEMBANTU MEMBERSIHKAN KULIT

Proses membersihkan kulit wajah dengan toner secara manual agak melambatkan masa. Terutama buat anda yang gemar skip step toner. Buat anda yang gemar memakai solekan harian, toner pad ini sesuai untuk membersihkan wajah di tahap maksima.

2. PELEMBAP KULIT SEGERA

Toner pad membantu melembapkan kulit wajah dengan segera. Anda boleh gunakan ia walaupun berada di mana-mana.

3. MUDAH DIBAWA KE MANA SAJA

Jimat ruang! Tidak lagi membawa kapas atau botol toner berasingan. Hanya dengan satu produk sudah mampu menyelesaikan masalah kulit anda.

4. TERASA LEBIH BERSIH

Buat anda yang sememangnya memakai toner pad, tidakkah anda rasa ia lebih bersih dan tidak comot penggunaannya. Sudah pakai dan buang.

@songofskin

#CapCut toner pads are the best way to apply your toner! #tonerpads #kbeauty #skincare #koreanskincare #skincare routine #beauty #koreanbeauty #makeup #kbeautyaddict #somebymi #kbeautyskincare #skincareproducts #koreancosmetics #skincaretips #skincareaddict #korea #koreanmakeup #skincarecommunity #skincarejunkie #koreanskincareroutine #cosmetics #serum #skincarekorea #glowingskin #skin #kpop #asianbeauty #sheetmask #kbeautyblogger #tonerpad #anua

♬ original sound – Song Of Skin

TIP MEMILIH TONER PAD

Buat first timer yang ingin membeliny, ini tip berguna untuk anda. Setiap produk ini mempunyai berbeza jenis mengikut kesesuaian kulit wajah.

KULIT KERING

Buat anda yang memiliki kulit kering, pilih toner pada yang tidak mengandungi alkohol kerana bahan ini akan buat kulit anda bertambah kering dan makin kurang kelembapan. Pilih toner pada bertekstur seperti losyen atau mengandungi geranium.

KULIT BERMINYAK

Pakar kecantikan menyarankan jika kulit jenis berminyak pilihlah toner yang mengandungi zar Astringent seperti lemon, Orange Blossom. Zat ini dikatakan membantu untuk menyegarkan kulit dan mengecilkan pori-pori pada kulit wajah.

KULIT GABUNGAN KERING DAN BERMINYAK

Boleh digunakan dengan dua pad berbeza mengikut kesesuaian kulit. Atau pilih ramuan yang berasaskan botanikal.

Artikel berkaitan Positively Beautiful: Eyka Farhana