Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna - Glam Malaysia
Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna

Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna

Ketahui rahsia miliki kulit flawless macam Yuna bersama barisan lengkap Laneige Perfect Renew sebagai langkah awal anti-penuaan. Anda pasti teruja!

SET LANGKAP BARISAN LANEIGE PERFECT RENEW
SET LANGKAP BARISAN LANEIGE PERFECT RENEW

Terukir di bintang, seolah membisik rahsia bagaimana Yuna menetapkan penjagaan kulit wajah. Seorang artis yang tidak lagi asing di mata tanah air, Yuna merupakan hustler yang bukan sahaja menyanyi, malah menulis dan mencipta musiknya sendiri, mula berkecimpung dalam dunia fesyen dan permodelan, serta banyak lagi. Cuba bayangkan kesemua perjalanan buat penjelajahan muzik, sesi temu bual, sesi menangkap gambar, pertunjukan fesyen, dan jumlah solekan yang perlu dikenakan pada wajah untuk waktu yang panjang. Sudah semestinya satu perkara yang sentiasa perlu kelihatan cantik dan segar adalah kulit wajah! Dia menghabiskan hampir setiap detik hidupnya sebagai public figure dan rutin penjagaan kulit wajah menjadi keutamaan buat dirinya. Dia juga tidak terkecuali dalam mengikuti beberapa langkah rapi untuk memastikan agar kulit kelihatan lebih bersinar, segar, berdefinisi tinggi dari setiap sudut. 

See also
ELEMIS London Kini Berada Di Malaysia

Jenama atau pemimpin dunia kecantikan Korea, Laneige ternyata beri gambaran akan salah satu rahsia disebalik kecerahan dan kelembutan kulit wajah dirinya. Laneige juga telah menjadikan Yuna sebagai wajah utama untuk barisan Laneige Perfect Renew baharu. Untuk mengetahui bagaimana barisan produk ini menentang penuaan dan mengembalikan tenaga dan daya hidup kulit agar kelihatan sempurna walaupun dalam definisi tinggi (HD) sila tonton video kolaborasi Yuna dengan jenama terkenal Laneige dari Korea Selatan ini.

Artikel berkaitan Rahsia Cantik Wanita Korea