Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ady Razak Dan Azira Shafinaz
Usah terpinga-pinga mencari idea solekan untuk meraikan momen istimewa. Armani beauty hadir membawakansiri tutorial solekan bersama Ady Razak dan Azira Shafinaz.
Buat siri pertama, kolaborasi istimewa antara jurusolek selebriti, Ady Razak dan aktres yang juga penyanyi, Azira Shafinaz. Ady Razak membawakan ilham solekan yang bertemakan The Moon Lit Glow yang menggunakan barisan produk Armani ikonik.
Ilham The Moon Lit Glow menyerlahkan wajah lebih bersinar sempurna tanpa solekan yang tebal dan hanya menggunakan 7 produk Armani ikonik untuk mencipta solekan The Moon Lit Glow. Ady Razak juga berkongsi teknik solekan dan aplikasi yang ringkas untuk anda ikuti.
Untuk mencipta wajah ikonik Armani, langkah pertama Ady menggunakan Luminous Silk Foundation Shade 6 untuk wajah polos Azira,lagi menaikkan kilauan wajah gabung bersama Fluid Sheer Glow Enhancer Shade 10. Tidak lengkap tanpa penyeri wajah, serlah pula bahagian kelopak mata bersama Eye Tint Shade 30M dan Shade 1S untuk mencipta ilusi mata bersinar.
Wajah lagi berseri bersama pilihan Luminous Silk Cheek Tint Shade 50.5 dan Luminous Silk Acqua Highlighter Shade 1. Tip kecantikan Ady Razak, sapuan highlight pada bahagian atas tulang pipi menyerlahkan kontur wajah dengan lebih tahan lama sepanjang hari. Akhir sekali, bagi melengkapi gaya solekan Armani beauty yang bertemakan The Moon Lit Glow, sapuan Prisma Glass Shade 07 menyerikan wajah cantik Azira Shafinaz.
Dapatkan produk ikonik Armani beauty di butik kecantikan Armani beauty berdekatan dengan anda atau layari laman rasmi Armani.
Konsep & Arahan Seni : Julia Azman | Fotografi : Edmund Lee dari Hexa Production | Videografi : Jackie Mah | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Busana : ZARA Malaysia | Solekan : Ady Razak, Sahir Sabri & Ahma Dani