Timur Tengah Inspirasi Haruman Baharu Louis Vuitton - Glam Malaysia

Timur Tengah Inspirasi Haruman Baharu Louis Vuitton

Timur Tengah sekali lagi menjadi ‘destinasi’ Louis Vuitton dalam meraka mencari inspirasi harumannya berikutan kejayaan tiga harumannya sebelum ini. Rumah fesyen Paris ini menyuntik aroma oud dalam minyak wangi baharunya yang dinamakan sebagai Pur Oud. Oud sememangnya cukup kuat identitinya dengan aroma negara-negara Arab.

Timur Tengah Inspirasi Haruman Baharu Louis Vuitton

Dari tiga aroma yang sudah sedia menjadi kegemaran kelompok peminat rangkaian minyak wangi Louis Vuitton, kehadiran oud secara jelasnya membawa sesiapa yang menghidunya mengembara ke Asia tengah dengan pengaruh bau-bauan Eropah. Jacques Cavallier Belletrud ingin memberi penghormatan tertinggi buat oud yang dianggapnya sebagai the wood of gods. Oud Jika diterjemahkan dari bahasa Arab ia membawa erti kayu. 

Jacques Cavallier Belletrud mengahwinkan tiga Bahan utama dalam pemnghasilan Pur Oud, yang mana dia memesrakan Assam oud, Helvetolide dan Ambrettolide dalam haruman yang dibotolkan dalam bekas kaca hitam ini. 

Artikel Berkaitan: Étoile Filante, Minyak Wangi Romantis Louis Vuitton

Louis Vuitton mendapatkan bahan haruman ini dari Bangladesh. “Assam oud sudah menjadi perniagaan keluarga yang diwariskan selama 200 tahun Oleh sebuah keluarga di Bangladesh. Hari Ini mereka menjadi penmbekal ekslusif Assam oud buat Louis Vuitton. Dalam pembuatan haruman, sesuatu Bahan itu lebih Indah apabila ada cerita menarik di sebaliknya, bukannya dari kecanggihan mesih yang kita gunakan dalam penghasilan haruman.”

Timur Tengah Inspirasi Haruman Baharu Louis Vuitton

Pur Oud kini sudah Boleh didapati di butik Louis Vuitton dan boleh juga dibeli menerusi dalam talian louisvuitton.com

See also
Personaliti Dan Haruman

Artikel Berkaitan: Lila Moss Disambar Untuk Kempen Haruman Marc Jacobs