Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM - Glam Malaysia
Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM

Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM

Rabanne menerokai era baharu dengan pelancaran wangian PHANTOM dan FAME Parfum bersama tiga power couple pilihan GLAM.

Paco Rabanne

Berinspirasikan di sebalik dunia imaginasi Rabanne hanya dengan menjawab panggilan di Paris. Rabanne kini hadir dengan identiti baharu lebih moden lagi bersinar dengan ilham metalik emas dan perak. Secara eksklusif, berlangsungnya pop-up imersif di ruang legar Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur yang juga membariskan koleksi wangian ikonik, FAME dan PHANTOM. Kala di acara istimewa ini, GLAM menjemput tiga Power Couple untuk menerokai dunia Rabanne serba baharu ini. Mereka ialah pasangan pelakon terkenal, Adam Lee dan Sweet Qismina. Pasangan model hangat, Sky Iskandar dan Nia Atasha juga tidak ketinggalan pasangan adik-beradik muda, Athina Kamarudin dan Arif Kamarudin.

Rabanne

Menjawab panggilan dari kota Paris! Rabanne melancarkan wangian terbaharu PHANTOM dan FAME Parfum yang menyuntik semangat berani dan sensual di pop-up Rabanne yang telah diadakan di ruang legar di Mid Valley Megamall. Pengunjung dijemput untuk berfantasi dengan dunia Rabanne serba animasi keemasan dengan pengalaman yang imersif.

See also
Tiru Dandanan Ikonik Puteri Diana!

IDENTITI BAHARU RABANNE

Rabanne

Tahukah anda Rabanne mula mengecapi populariti pada sekitar 60-an dengan menggunakan jaringan metal serta menghasilkan gaun metalik yang pertama di dunia? Label ikonik ini meneruskan legasi yang telah menjadi signature denngan menggabungkan sisi moden dan keunikan tersendiri.

PHANTOM PARFUM BAHARU

RABANNE PHANTOM

Pop-up yang diadakan ini memperkenalkan identiti Rabanne yang terbaharu. Dikenali sebagai Paco Rabanne sebelum ini, label ini melangkah ke era baharu tahun ini dengan hanya menggunakan nama Rabanne. Dengan animasi dan wajah baharu ini terus mengelevasi yang menekankan ton emas dan perak metalik. Lantas, mengetengahkan identity label yang lebih moden dan fashion forward.

Tahun ini, PHANTOM kembali dengan wangian yang mengairahkan, lebih berani, lebih sensual dan lebih mendalam. Ia dihasilkan untuk menyerlahkan sisi yang lebih gelap, PHANTOM nightcall. Diinspirasikan daripada malam yang dibuai mimpi di kota Paris, PHANTOM Parfum kini hadir dalam desain hitam matte yang mencerminkan lelaki yang berani mengambil risiko, edgy dan penuh berkuasa. Lelaki Rabanne menguasai kegelapan dan akan menjawab panggilan malam PHANTOM.

See also
10 Gaun Terbaik di VMAs Sepanjang Zaman!

HARUMAN FAME PARFUM

RABANNE FAME

Tahun ini, Rabanne memperkenalkan golden girl yang mengekspresikan Wanita yang sensual dan menggoda. Lebih glamorous. Lebih ikonik dari versi sebelum ini. FAME Farfum terbaharu menampilkan bekas haruman asal dalam gaun hitam berkilat untuk membiaskan bauan yang lebih mendalam.

Semburan aroma bunga yang mewah dengan Mineral Musk dan Jasmine ini serlahkan ilham Parisian yang sebenar. Dia adalah seorang bintang, dia adalah wanita FAME.

DUTA WANGIAN RABANNE

FAME AND PHANTOM

Rabanne memperkenalkan duta baharu yang menjadi wajah kepada PHANTOM dan FAME Parfum terbaharu. Charlie Heaton yang mula terkenal selepas membintangi siri hangat Netflix, “Stranger Things” adalah persona yang mewakili wangian untuk lelaki ini. Dia membiaskan wajah wakilan untuk generasi baharu, penuh semangat dengan sisi rebel. Charlie Heaton juga tekad dalam menghayati stail peribadinya yang menjadi persona sebagai lelaki PHANTOM Parfum.

Manakala untuk haruman FAME Parfum pula, Rabanne mengembalikan pelakon muda penuh bakat Elle Fanning sebagai duta kali ini. Dia membiaskan semangat sebenar dan sisi sensual sebagai wanita FAME Parfum terbaharu. Elle Fanning merupakan seorang yang penuh keyakinan, mengujakan serta sensual, sangat bertepatan dalam mewakili haruman daripada Rabanne ini.

Dapatkan wangian baharu FAME dan PHANTOM di Sephora Malaysia mulai 1 Oktober.

@rabanne #rabanneparfums #PhantomByRabanne #PhantomNightCall #FamebyRabanne #FameNightCall

Artikel berkaitan Eksklusif : Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Rabanne