Terinspirasi Gaya Ikonik COCO MADEMOISELLE - Glam Malaysia
Terinspirasi Gaya Ikonik COCO MADEMOISELLE

Terinspirasi Gaya Ikonik COCO MADEMOISELLE

Kembali ke dunia wangian CHANEL COCO MADEMOISELLE serba sensual nan hangat berdasarkan personaliti anda.

Personaliti tercipta disebalik kekuatan wangian! COCO MADEMOISELLE merupakan wangian yang kuat dan halus, lagi menggoda namun tidak provokatif. Interprestasinya moden juga klasik

Coco Mademoiselle

Wangian mewah ini turut selesa dipakai berlapis dalam mencipta paradoks aroma yang sempurna. Boleh dipakai pada bila-bila masa tanpa terikat dengan masa atau acara. Kehangatan nota sensual segar disebalik aroma bunga mawar dan Jasmine menyerlahkan sisi feminin wangian ambery ini.

Sisi feminin dan bertenaga ini juga menyuntik semangat energetik buat wajah kempen COCO MADEMOISELLE, Whitney Peak yang diibaratkan persis penjelmaan semula peribadi COCO CHANEL sewaktu muda.

Whitney Peak

 

“I put on a fragrance as a form of self-care,” kata Whitney Peak kala bercerita mengenai cara dia mengamati wangian mewah lagi ikonik COCO MADEMOISELLE.

Pengarah Kecantikan GLAM tampil dalam video ringkas ‘Get Ready With Me’ bersama CHANEL yang menampilkan rangkaian produk kosmetik terkini. Turut serta adalah produk highlight set edisi terhad The COCO MADEMOISELLE Look iaitu beg kecil eksklusif yang mengandungi tiga produk esensi untuk mencipta gaya COCO MADEMOISELLE semula jadi. Set yang kedua iaitu The COCO MADEMOISELLE Essentials iaitu set edisi terhad yang memaparkan dua wangian yang boleh digunakan secara teknik berlapis dalam mencipta aroma yang intensif dan tahan lama.

Sempena meraikan kehangatan wangian eksklusif ini, kunjungi ke ruang podium COCO MADEMOISELLE di Suria KLCC bermula 24 April 2024 hingga 6 Mei 2024 atau layari laman rasmi DI SINI.

Artikel berkaitan Whitney Peak Wajah Terkini Coco Mademoiselle