Terima Kasih, Selena! Trend Ini Muncul Semula! - Glam Malaysia

Terima Kasih, Selena! Trend Ini Muncul Semula!

 

Move over, gincu matte, GLAM jangkakan 2017 ialah tahun buat pengilap bibir! 2016 sememangnya tahun gincu berkemasan matte menular di setiap bibir gadis-gadis trendy di setiap penjuru dunia fesyen! Dari kegilaan di setiap pelancaran rona baru lipkit dari Kylie Cosmetics hingga ke kemunculan produk-produk ini dari jenama kosmetik tempatan, matte lippies were everywhere back in 2016!

 

GLAM jangkakan tahun ini, kemasan gloss pula bakal muncul kembali. Mekap kegemaran ramai pada awal era 2000 ini kini menjadi pelengkap gaya si pengikut trend. Padanlah bibir Selena Gomez yang seksi digilap gincu dalam video muzik terbaharunya, “Fetish” menyebabkan gelombang kegilaan akan lip gloss berona nude kemerahan.

 

Jika kamu salah seorang daripada 23 juta penonton video ini di YouTube, kamu faham akan apa yang kami cuba sampaikan! Video ini pada asasnya ialah sebuah klip 3 minit yang difokuskan pada bibir penyanyi jelita itu. 

 

See also
Tranformasi Dramatik Cara Delevingne Dengan Rambutnya

 

 

Jurusolek peribadi Selena, Hung Vanngo kongsikan rahsia look natural itu di akaun Instagram miliknya — buat wajahnya, campuran Marc Jacobs Beauty Dew Drops Gel bersama pelembap. Hung juga telah mengaplikasikan freckle palsu dengan menggunakan Matte Highlighter Gel Eye Crayon dari Marc Jacobs Beauty. Buat bibir ikonik itu pula, beliau menggunakan Hi-Shine Lip Lacquer tona French Tickler oleh jenama kosmetik yang sama.

 

Cuba kamu gayakan look natural ini dan kekal di pentas trend mekap!