Terapi Cantik Secara Holistik Bersama N°1 DE CHANEL - Glam Malaysia

Terapi Cantik Secara Holistik Bersama N°1 DE CHANEL

CHANEL BEAUTY membawakan pengalaman ritual cantik secara holistik bersama barisan lengkap N°1 DE CHANEL.

N1 de Chanel

CHANEL BEAUTY melangkah lebih pantas dengan pendekatan terhadap ritual kecantikan secara holistik dan bersifat kelestarian yang utuh. Dengan pengenalan barisan istimewa N°1 DE CHANEL, ia membuka ruang kepada generasi baharu untuk mendekati produk berasaskan anti-penuaan yang efektif.

Bunga kegemaran Gabrielle Chanel, Camellia ini punya keistimewaan tiada tolok bandingannya. Selepas 10 tahun bereksperimen terhadap Senescence (penuaan), akhirnya CHANEL mendedahkan bahawa penemuaan luar biasa terhadap ekstrak bunga Camellia merah ini bertindak menghalang dan membetulkan penampilan lima tanda penuaan setiap kulit wajah.

Chanel Beauty

Disebalik kepakaran dan penyelidikan, CHANEL juga amat bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selaras dengan objektif utama buat N°1 DE CHANEL selain memperkenalkan ritual penjagaan kulit secara holistik, pada masa yang sama bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan semula jadi yang terkawal. Setiap pemilihan kandungan atau formula adalah dilakukan secara teliti mengikut piawaian yang ketat.

Chanel Beauty N1 De Chanel

Ekstrak bunga Camellia merah memelihara penghidratan kulit disebalik sifat mencergaskan dan menyegarkan. Keunikan bunga Camellia merah menjadi tarikan utama dalam mengekalkan kecantikan abadi. Untuk lebih memahami penggunaan N°1 DE CHANEL, Pengarang Kecantikan GLAM, Julia Azman terbang ke ke Rosewood Phuket, Thailand untuk kembara. MY N°1 DE CHANEL DIARY. Kembara diari cantik ini, sudah cukup untuk saya menerokai keunikan formula sensasi bunga Camellia merah dan bersua-muka bersama dua individu yang saya kagum iaitu Armelle Souraud, Chanel Scientific Communication Director dan Nicola Fuzzati, Director Active Ingredients Research. Rangkaian barisan N°1 DE CHANEL bagi saya, ia merupakan satu ritual cantik yang sempurna kerana diperkemaskan bersama ramuan antioksidan yang bertindak memerangi radikal bebas dan melindungi kulit daripada pencerobahan. N°1 DE CHANEL turut memperkenalkan produk pilihan ramai iaitu Revitalizing serum yang kini hadir dalam saiz 100ml dan tahan sehingga pengunaan enam bulan.

See also
Di Sebalik Tabir - GLAM Isu Borneo

Chanel Beauty Serum

Red Camellia Revitalizing Serum merupakan yang diperkayakan dengan ekstrak Camellia merah dan juga sebagai produk utama dalam ritual penjagaan kulit wajah untuk N°1 DE CHANEL. Ia dirumus dengan 95 peratus bahan semula jadi dan termasuk 76 peratus asal dari ekstrak bunga Camellia. Teksturnya yang cair dan telus seperti gel memberikan kesan penyejukan sebelum segera serap ke dalam kulit. Hanya dengan satu pam menerusi tiub tirus yang disediakan sudah cukup melindungi kulit wajah. Serum ini juga menghalang dan membetulkan lima tanda penuaan.

Chanel Beauty

Setelah kegunaan lanjutan selama satu bulan, anda akan menyaksikan liang pori mula berkurangan, kedutan pada wajah semakin pudar, keanjalan kulit bertambah baik, kulit wajah lebih berseri dan penghidratan mendalam. Inilah daya tarikan utama N°1 DE CHANEL yang mempamerkan kecantikan semula jadi dan memancarkan sinar wajah sempurna.

SEMBANG CANTIK BERSAMA ARMELLE SOURAUD, CHANEL SCIENTIFIC COMMUNICATION DIRECTOR DAN NICOLA FUZZATI, DIRECTOR ACTIVE INGREDIENTS RESEARCH

ARMELLE SOURAUD AND NICOLA FUZZATI

Apakah cabaran anda hadapi sewaktu bekerjasama dan membuat formula ekstrak bunga Camellia merah?

Terutama dalam mengekalkan komposisi bunga yang mungkin akan terganggu akibat perubahan cuaca. Ini merupakan antara cabaran yang sering kami hadapi. Setiap penghasilan ramuan adalah mengikut kriteria yang ditetapkan dan ianya tidak boleh bertukar walaupun hanya satu kesalahan kecil. Bekerja dengan formula semula jadi ini kadang-kadang agak kompleks terutama menjaga kualiti buat produk akhir.

Apakah yang membezakan rangkaian anti-penuaan N°1 DE CHANEL dengan rangkaian yang berlainan tetapi mempunyai kegunaan yang sama?

Bercerita mengenai kecantikan secara holistik N°1 DE CHANEL merupakan pilihan paling tepat dan sesuai dengan peredaran semasa. Segalanya bermula daripada Senescence yang merupakan topik hangat dalam bidang perubatan. Sudah tentu, ia menjadi perbualan saintis CHANEL dan menterjemahkan pengetahuan ini kepada penuaan kulit. Untuk bekerjasama terhadap penuaan ini memberi peluang untuk kita memahami entity sel dalam kulit dengan lebih terperinci.

Keduanya adalah kandungan ekstrak Bunga Kamelia Merah yang berkesan untuk menangani masalah anti-penuaan kerana ia merupaka bahan aktif yang kuat! Selepas lima atau enam bulan penggunaan, anda akan nampak hasilnya yang luar biasa.

Setiap produk penjagaan kulit wajah mempunyai cara aplikasi yang berbeza. Bagaimana cara aplikasi Revitalizing Serum dengan tepat?

Paling utama sewaktu aplikasi ialah fokus kepada wajah dan bahagian leher. Serum ini tampil dengan teknologi baharu, di mana penutupnya dilengkapi tiub tirus secara automatik ia menyukat kuantiti yang diperlukan untuk setiap sesi. Sebelum serum, pastikan wajah disapukan losyen, serum ini disapukan secara pergerakan lembut daripada inner side to outside.  CHANEL juga mempunyai urutan wajah khas untuk meningkatkan efikasi produk yang memberi rangsangan terhadap kulit wajah. Teknik seperti pinch (cubit) lembut dapat mengaktifkan microcirculation dan meningkat oksigen serta efek kulit bersinar.

Siapakah yang anda lihat paling sesuai untuk N°1 DE CHANEL?

Di CHANEL kami tidak berkata mengenai perbezaan umur. Lebih mudah, saya tegaskan ianya bergantung kepada kecepatan anda menyedari masalah kulit wajah. Rangkaian ini kami telahpun membuat kajian terhadap setiap umur dan perbezaan jenis kulit wajah. Oleh itu, ia sesuai digunakaan untuk semua jenis kulit terutama anda yang berada di negara yang panas dan humid.

Bolehkah anda berkongsi mengenai trend dunia kecantikan akan datang buat CHANEL? Adakah kami akan melihat penambahan produk baharu untuk rangkaian N°1 DE CHANEL?

Ini merupakan konsep baharu dalam dunia kecantikan kerana menyentuh aspek penggunaan bertanggungjawab terhadap alam sekitar terutama Camellia, Senescence dan kelestarian. Bagi saya, ia sudah cukup untuk memberi inspirasi pada masa akan datang.

Artikel berkaitan CHANEL Stylo Yeux Waterproof 20 Espresso