5 Tatarias Nail Art Terbaik Boleh Anda Cuba Bulan Ini!
Masuk bulan baharu, segalanya pasti mahukan yang baru untuk diri juga. Apa kata anda cuba tatarias nail art paling terkini buat kuku anda! Barulah lebih chic dan fun!
Semakin hari, semakin maju makeover yang diberikan kepada diri sendiri bukan sahaja pada teknologi terkini yang terdapat di dalam produk penjagaan diri tetapi juga dari segi tatarias nail art ini. Jjka dahulu, para wanita lebih gemarkan nail art yang minimalis dan klasik, hari ini, trend edgy, cool serta fun menjadi pilihan generasi Z! Kami banyak berjumpa teman-teman selebriti mahukan pempengaruh digital, kebanyakan mereka memang menggayakan pilihan rona dan rekaan yang bold dan penuh statement.
Pujian harus diberikan kepada penata rias kuku lokal yang semakin hari semakin cemerlang dalam menghasilkan rekaan nail art yang berkualiti setanding antarabangsa. Jika dahulu, Asia sering menjadikan nail tech seperti Park Eunkyung, pemilik salun kuku popular Nail Unistella, hari ini di Malaysia, kita sudah miliki salun kuku juga nail tech hebat seperti Honest Hour KL, Nails By Bim, Mochi By Hani dan banyak lagi.
Sebelum anda ingin membuat keputusan dalam memilih rekaan nail art apakah yang boleh anda cuba untuk bulan ini, apa kata GLAM bantu anda dengan menyenaraikan antara beberapa trend yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk tunjuk contoh inspirasi kuku anda ini pada nail tech kegemaran anda nanti!
Daripada Y2K ke Gaya Croquette, Ini Tatarias Nail Art Pilihan GLAM Bulan Ini
#1 Kuku Glazed Donut
Masih menjadi pilihan utama sepanjang tahun! Beri efek kuku bersinar dan glamor sesuai buat anda yang mahukan sesuatu yang klasik dan tidak keterlaluan namun masih memberi hasil penampilan yang memukau. Sesuai buat wanita yang berkerjaya formal atau juga buat mereka yang inginkan kuku cantik buat majlis perkahwinan juga majlis graduasi!
Gambar: Pinterest
#2 Kuku Green Chrome Nails
Chrome Nails adalah antara tatarias nail art yang sudah menjadi trend semenjak beberapa musim yang lalu, namun pernahkah anda terfikir untuk mencuba gaya kemilau metalik rona hijau pastel ini untuk kuku anda? Jika belum, apa kata anda cuba, pasti terus jatuh cinta!
Gambar: Pinterest
#3 Tatarias Nail Art : Trend Candy Nails
Jika anda mahukan sesuatu yang sangat fun, mungkin anda boleh mencuba tatarias ala candy nails. Terasa seperti hendak makan sahaja dek terpedaya dengan kecomelan gaya kuku ini!
Gambar: Pinterest
#4 Kuku Croquette
Gaya kuku yang manis buat wanita yang berperwatakan lembut dan berpenampilan comel. Croquette semestinya telah menjadi antara trend yang amat popular tahun ini dan apa salahnya jika anda menyelitkan elemen riben rona merah jambu ini pada kuku anda juga!
Gambar: Pinterest
#5 Kuku Putih Bak Mutiara
Seperti duyung! Jika anda bakal menikmati percutian pantai, apa kata anda cuba tatarias nail art menarik ini. Berinspirasikan cengkerang, mutiara dan pasir pantai yang putih indah, rekaan rona putih suci kemilau ini adalah sebuah gaya kuku paling sesuai untuk anda gayakan!
Gambar: Pinterest