Tampil Menawan Dalam Masa 30 Hari

Tampil Menawan Dalam Masa 30 Hari

Atikah Karim beautyGambar: Arkib GLAM

 
Satu bulan mungkin kelihatan singkat, tetapi banyak yang anda boleh lakukan dalam hanya empat minggu. GLAM terokai rahsia untuk tampil menawan dalam masa 30 hari.
 
1. Muslihat tulang pipi tinggi
Kunci untuk kelihatan lebih muda ialah dengan kuasai helah solekan tulang pipi tinggi yang kemas terukir.
 
2. Menguatkan rambut
Miliki rambut sihat dan kuat dengan mayonis. Hanya sikat 1/2 cawan mayonis pada rambut basah, biarkan 15 minit dan bilas dengan air sejuk dan syampu seperti biasa.
 
3. Bibir penuh
Helah retoucher bak jurusolek profesional dengan menggunakan pensel berwarna perang, lukis garisan tipis pada bahagian bibir atas dan usap dengan jari. Kemudian lakar, sedikit pada bibir bawah dengan menggunakan pensel berwarna nude dan kemaskan.
 
4. Padam kemerahan
Jika anda berhadapan dengan kemerahan dan lebam kecil pada muka, lakukan diagnosis “rosacea”, ia mungkin berpunca daripada pendedahan matahari, tekanan, alkohol, makanan pedas dan cuaca panas.
 
5. Serikan warna rambut
Ceriakan ia dengan pewarna dengan memilih warna panas seperti perang atau kemerah-merahan.
 
6. Miliki kulit bersinar
Pilih bedak asas ton matte bronzer yang sama dengan warna kulit anda menggunakan berus kabuki dan sapu rata pada kulit wajah untuk kemasan sempurna.
 
7. Kulit tegang
Jika anda menghadapi masalah kedutan dan garis halus, pilih produk yang mengandungi agen aktif yang mampu melambatkan proses penuaan kulit sekali gus menegang.
 
8. Miliki kulit yang lebih cerah dan sekata
Kunci memiliki kulit cerah dan sekata ialah dengan pengelupasan sederhana menggunakan produk yang mengandungi asid glycolic. Ia mampu menyingkirkan kulit mati.
 
9. Protein untuk rambut kuat
Rambut terdiri daripada keratin, iaitu sejenis protein. Pengambilan ikan dan kekacang untuk diet anda berkesan menguatkan rambut.
 
10. Liang pori tersumbat
Bahan penyembur rambut boleh menyebabkan pori anda tersumbat. Bersihkan kesan semburan dan jerawat kecil secepat mungkin dengan astringen yang mengandungi asid salicylic.
 
11. Kemas kini beg solek anda
Gandakan beg solekan anda dengan berus baru dan kuasai teknik solekan smoky eye. 
 
12. Ubah gaya rambut baru
Apakah gaya terkini rambut anda? Rujuk gaya rambut selebriti untuk potongan lebih segar.
 
13. Lindungi kuku
Pastikan jari anda sempurna digilap dan kemas dengan menggunakan kutikel setiap hari selepas manicure dan pelembap tangan perlu disapu setiap hari untuk kuku yang sihat.
 
14. Rawat bibir merekah
Minum air masak dalam kuantiti yang banyak dan sapu pelembap bibir mengikut keselesaan anda.
 
15. Rawat jerawat
Mulakan dengan rawatan tuala hangat selama 10 minit tiga kali sehari pada bahagian yang dikehendaki. Kemudian gunakan produk yang mengandungi asid salicylic, letakkan sedikit pada jerawat, biarkan selama satu jam, dan bilas.
 
16. Elakkan sinar UV
Mendedahkan kulit pada sinar UV boleh menyebabkan kerosakan dan mempercepatkan proses penuaan. Guna produk yang mengandungi SPF untuk solekan dan losen.
 
17. Ketahui teknik kecantikan mata
Anda boleh menggunakan celak atau gunakan penyepit bulu mata untuk kelihatan lebih besar.
 
18. Sembunyikan kedutan
Kedutan akan menyebabkan anda kelihatan tidak berseri dan tua. Guna concealer untuk menyembunyikan kesan kedutan pada mata atau sekitar bibir.
 
19. Belajar menggaris mata
Lakar satu garis lurus bawah mata menggunakan pensil hitam. Seterusnya, guna penggaris cecair, ukir pada sudut luar mata anda dengan teknik tick menaik untuk kemasan tajam pada hujung.
 
20. Lindungi kulit dari rosak
Cuaca sejuk atau panas akan menyebabkan iritasi. Untuk mengurangkan kesan kekeringan, lapik muka dengan kain yang suam selama beberapa minit. Ikuti dengan lulur pengelupasan atau skrub, kemudian pelembap.
 
21. Miliki bibir tebal
Sapu bibir anda dengan salap kemudian oles gincu dengan jari anda untuk kesan lebih lembut. Tambah sedikit pemerah pipi dan pembayang mata yang lembut seperti coklat sebagai melengkap gaya solekan.
 
22. Jelingan menggoda
Oles maskara bermula dari akar bulu mata anda, gerakkan ke sisi bukan hanya menyapu keluar.
 
23. Elak solekan tebal
Sekiranya anda mempunyai lingkaran gelap bawah mata, hanya titipkan sedikit penyamar noda di bahagian yang gelap sahaja. Pilih warna yang natural.
 
24. Seni Kontur
Oles asas gelap pada tepi pipi untuk menonjolkan tulang pipi dan cerah di atas tulang hidung, pipi dan dagu. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan pemerah pipi.
 
25. Wajah bersih sebelum tidur
Kesan solek yang tidak dibuang akan menyebabkan kulit kelihatan lesu, pori-pori tersumbat serta punca jerawat. Amalkan mencuci wajah dua kali sehari untuk memastikan ia kekal terhidrat.
 
26. Update rutin kecantikan
Perubahan kecil dalam rejimen penjagaan kulit setiap enam hingga 12 bulan mampu merangsang ton dan tekstur kulit anda. Sapu krim yang mengandungi intipati menyaktoksin untuk kulit lebih berseri.
 
27. Nikmati omega-3
‘Lemak baik” dalam makanan seperti salmon, flaxseed, dan badam mampu meningkatkan penghidratan untuk kulit lembut dan tegang. Had pengambilan lemak tepu kira-kira 17g setiap hari.
 
28. Lebihkan protein dan sayur-sayuran
Pelbagaikan pengambilan protein dan sayur-sayuran. Untuk protein, pilih yang berunsurkan organik, pilih daging panggang bakar atau panggang. Untuk sayuran, elakkan sayuran berkanji seperti kentang sebaliknya beralih pada sayur-sayuran.
 
29. Bebas gula
Gula adalah musuh utama berlakunya pengumpulan lemak. Cuba untuk bebas gula selama 30 hari dan hadkan pengambilan makanan manis termasuk buah-buahan. Ia mungkin sukar pada mulanya, namun ia mampu menolong anda mengurangkan lemak pada badan untuk tempoh yang panjang.
 
30. Senaman lima kali seminggu
Tumpukan pada senaman di gimnasium. Berlatih seolah-olah anda menyiapkan diri untuk acara olahraga dan melihat aktiviti senaman penting untuk anda mencapai matlamat.
 
 

See also
Alicia Vikander Wajah Baru Louis Vuitton