Ginseng Penawar Kesejahteraan Kulit - Glam Malaysia

Ginseng Penawar Kesejahteraan Kulit

Teks: Amira Azman
 

Sulwhasoo Ginseng Facial post

Gambar: Arkib GLAM


 
Kesempurnaan kulit dengan teknik rawatan tradisional Korea, Sang-Seng ini mampu mengembalikan kesejahteraan dan keseimbangan Jeong (unsur),  Gi (tenaga) serta Shin (semangat) pada kulit wajah.
 
Saya dibawa merasai pengalaman mewah rawatan facial istimewa daripada jenama holistik terkenal iaitu Sulwhasoo. Setelah meneliti masalah pada wajah saya ini, saya diberi cuba rawatan Concentrate Ginseng Nourishing Facial. Ia bertujuan untuk memulih kondisi kulit yang tidak stabil akibat terdedah kepada kotoran dan pencemaran disekeliling.
 
Seperti biasa prosedur sebelum memulakan sebarang rawatan di Sulwhasoo, saya diberi empat jenis aroma untuk dipilih. Empat aroma tersebut ialah pine, aloes wood, sandalwood dan juga prunus mume. Ini dipanggil SulwhaJeong.Saya memilih sandalwood dimana ia bertindak untuk merawat masalah insomnia. Pakar terapi akan menggunakan kain kering dan kemudian menyapu dan mengurut minyak daripada aroma ini pada wajah yang bertujuan untuk meningkatkan imuniti tubuh, saluran pernafasan dan peredaran limpa pada kulit. Rawatan dimulakan dengan double cleansing iaitu membersihkan wajah daripada segala kotoran dengan dua kali cucian. Wajah dicuci dengan pencuci bertekstur minyak dan kemudian diikuti dengan pencuci wajah jenis buih.
 
Setelah dicuci, wajah saya dirapi dengan Sulwhasoo First Care Activating Serum sambil diurut dengan teknik yang dipanggil Yunju ( First Care Massage) bagi memberi penyerapan yang lebih sempurna. Formula yang terkandung di dalam serum ini mampu menembus jauh ke dalam kulit untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.
 
Keistimewaan rawatan ini bukan sahaja terletak pada kemujaraban bahan utamanya iaitu ginseng, malah penggunaan batu jed sebagai alatan dalam rawatan ini juga memainkan peranan penting sekaligus meyakinkan lagi diri dalam membina kulit wajah yang baharu. Setelah selesai denga urutan First Care, wajah saya dibilas dengan urutan cincin jed yang sejuk pada wajah yang telah disapu Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream. Mineral yang terkandung pada batu jed ini diperkaya dengan manfaat membangkitkan sel kulit, memulihkan tenaga serta meningkatkan peredaran darah. Jed sebagai tenaga sejuk ini bertindak menyeimbangkan tenaga hangat yang terkandung di dalam khasiat ginseng.
 
Akhir sekali, wajah disapukan masker dan dibiarkan selama beberapa minit sambil tangan dibelai dengan urutan yang cukup menenangkan. Bagi yang ingin mencuba rawatan ini, boleh lawati kaunter spa Sulwhasoo yang terletak di Parkson, Pavilion Kuala Lumpur. Rawatan Concentrate Ginseng Nourishing Facial Treatment berharga RM288 untuk 1 jam.
 

See also
Tebus Sampel Percuma GLAM Beauty Club X La Prairie