Sudah Tiba Masa Untuk Upgrade Produk Kecantikan Anda - Glam Malaysia

Sudah Tiba Masa Untuk Upgrade Produk Kecantikan Anda

Teks: Yusairi Fitri

 

 

UPDATE PRODUK KECANTIKAN ANDA.

 

Tiada yang lebih membahagiakan dan mengembirakan hati seorang wanita, selain memiliki kulit wajah cantik dan tandus cela. GLAM menampilkan siri produk Sothys  La Crème 128 sebagai solusi terbaik untuk mengecapi kulit mulus sempurna.

 

Sothys  La Crème 128

 

Krim ini kaya dengan bahan-bahan aktif yang luar biasa dan mengandungi esen yang paling berharga untuk penampilan kulit muda. Gabungan dua ektrak eksklusif minyak bunga porselin sel stem bunga mawar  yakni formulasi tulen untuk memelihara asas-asas kulit muda dan integriti semula kulit.

 

Dengan canggih kemajuan sains digabungkan dengan yang terbaik bahan-bahan aktif botani, La Creme 128 mengekalkan asas-asas kulit muda (preventative action)dan membaik pulih integriti kulit (repairative action).

[soliloquy id=”63933″]

Formulasi unik penjagaan keremajaan  360º menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan bekerja dengan efektif untuk mengembalikan kulit yang anjal, tegang, menjana semula, melicinkan, menyamaratakan tona,  mengurangkan kedutan dan menyegarkan semula. Krim ini sarat dengan bahan-bahan utama seperti sel-sel stem Rose,  minyak bunga porselin, ekstrak daun pic, peptida simbiotik M3.o oligosakarida, kompleks anti-penuaan dan ekstrak bunga bio-gred.

See also
Palet Solek Kate Moss, Worth It Atau Tidak?

 

  • Melindungi sel-sel kulit
  • Mengurangkan proses penuaan pra-matang disebabkan oleh tekanan mikro setiap hari
  • Mengukuhkan pertahanan semula jadikan kulit menggunakan penyelesaian anti-stress avant-garde yang diilhamkan oleh science of vitagenes.
  • Mengaktifkan semula komponen sintesis yang penting untuk meremajakan kulit dan kecantikan
  • Menjana semula sel-sel epidermis
  • Menghadkan kekurangan tenaga sel