Suasana Sensual Di Ruang Coach Fragrance
Barisan kesegaran wangian Coach Fragrance melewati seisi ruang khas di malam GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party.
Coach merupakan jenama mewah dengan reputasi ketukangan yang berkualiti. Ditakrifkan oleh semangat bebas dan bervisi moden. Antara barisan wangian yang menjadi pilihan pada malam itu seperti Coach Dreams Eau de Parfum, Wild Rose Eau de Parfum, PlatinumĀ Eau de Parfum, Floral Eau de Parfum.
Malam yang penuh istimewa buatĀ GLAM dan GLAM Lelaki yang bertemakan The Great Outdoor menggamit suasana. Ruang istimewa ini berlatarbelakangkan visual seperti taman bunga menarik perhatian tetamu yang hadir. Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan. Bebas memilih wangian pilihan yang melambangkan personaliti diri.
Ruang ini bersifat peribadi dan punya elemen kebebasan
Setiap barisan wangian yang dipamerkan punya kisah tersendiri dan tidak hairanlah mengapa setiap wangian ini menjadi pilihan wanita generasi masa kini. Coach Wild Rose wangian untuk wanita ini diilhamkan dengan pemandangan indah laman bunga liar yang bersemangat bebas. Wajah kempennya turut menampilkan model Lexi Boling terlihat cantik di kelilingi rumput bunga liar pada waktu petang yang diterangi sinar matahari. Kempen ini ditangkap oleh kolaborator Coach, Steven Meisel. Coach Wild Rose mewah dengan aroma yang lembut tetapi berani. Nota atas membuka kepada aroma redcurrant dan spicy bergamot. Melengkapi keseluruhan wangian, aroma segar bunga mawar halus dan jasmine sambac menghangatkan Crystal Moss kering serta Ambroxan.
Artikel BerkaitanĀ Lima Beg COACH Dedikasi Tahun Arnab Pilihan GLAM
Wangian ini menangkap perasaan kegembiraan di malam musim panas yang romantis. Rekaan botol Coach Wild Rose menampilkan ilham burgundy ombre dan diinspirasikan oleh suasana petang musim panas yang romantik.