Sothys Perfect You, Perfect Youth - Glam Malaysia

Sothys Perfect You, Perfect Youth

Oleh: Nur Sofea
 
pf-femalemodel-s
 
Bagaimana jika terdapat alternative yang tidak menyakitkan dan selamat serta berkesan untuk wajah yang lebih langsing dan refined?
 
Sothys memperkenalkan dua produk kecantikan iaitu The Perfect Shape Youth Contour Serum, produk penjagaan di rumah bagi membentuk dan menegangkan wajah anda. The Perfect Shape V-Line Treatment pula menggunakan teknologi rawatan salon yang membantu dalam menghilangkan kendur wajah, memperbaiki saluran limfa untuk mengurangkan keadaan bengkak serta melangsingkan wajah.
 
Program ini diilhamkan dari teknik dermo-aesthetic ultrasound dan lifting threads, dua teknik ini merupakan teknik trending dalam dunia kecantikan bagi mereka yang inginkan wajah yang lebih tegang dan muda. Rawatan khusus ini membantu dalam menegangkan kulit wajah.
 
Perbezaan antara teknik ini dan produk Sothys ialah Sothys menawarkan alternatif yang tidak menyakitkan. Proses pelangsingan dan penegangan wajah dilakukan dengan lebih selamat. Jadi tidak kira wajah anda berbentuk bulat, persegi, bujur atau berbentuk berlian, garis kontur V pada wajah boleh dibentuk dan dipertingkatkan lagi untuk mendapatkan semula bentuk wajah yang sempurna dan tampil muda sentiasa.
 
key-visuals-v6a_saicle
 
perfectshapeserum

See also
Fesyen Duchess of Cambridge: Kate Middleton