Solekan Dimensi Effortless Sun-Kissed - Glam Malaysia

Solekan Dimensi Effortless Sun-Kissed

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kembalikan ilham solekan no make-up look lebih berdimensi bersama Cream Bronzer dan Stick Blush terbaru dari Anastasia Beverly Hills. Duo produk ini harus dimiliki!

Trend effortless sun-kissed sentiasa menjadi pilihan wanita untuk setiap jenis warna kulit. Jika anda sudah terbiasa dengan teknik kontur berbedak, apa kata anda ubah rutin itu dengan memilih tekstur krim dan weightless! Untuk merias wajah effortless lebih lengkap jika disempurnakan bersama pemerah pipi jenis stik untuk kesan lebih berseri dan semula jadi. GLAM bariskan dua produk wajib berada dalam beg kompak kosmetik anda!

Cream Bronzer

Pastinya anda jatuh cinta akan rekaan terbaru Anastasia Beverly Hills kerana mempunyai empat warna versatil iaitu Sun Kissed, Amber, Golden Tan dan Caramel. Walaupun bertekstur krim tetapi ianya tidak berminyak dan tahan lama untuk sepanjang hari walaupun berada di bawah sinaran matahari terik. Warnanya tetap mencengkam di permukaan kulit wajah. Cream Bronzer ini juga sesuai untuk anda yang selama ini hanya bergantung harap dengan jurusolek profesional, namun dengan adanya bantuan produk versatil ini wajah seperti bersiap penuh. Formula yang terhasil pula senang dipakai dan tidak mudah hilang dengan kesan kulit kedua serta kemasannya pula tampak lebih semula jadi. Teksturnya sangat fleksibel, lancar disapukan pada wajah polos dan boleh dilapiskan bersama solekan berbeza.

See also
Generasi Ke-9 Clarins Double Serum Semakin Berkuasa

Tip penggunaan Creamy Bronzer :

  • Sebelum aplikasi pada wajah, berus ditepukkan di belakang tangan terlebih dahulu.
  • Sapukan pada kulit wajah polos untuk kesan sun-kissed semula jadi.
  • Boleh menggunakan beauty sponge sebagai alatan tambahan
  • Pilih warna creamy bronzer yang sesuai dan sapukan pada beauty sponge dengan teknik pressing emotions.
  • Boleh juga digunakan pada kelopak mata untuk cipta ilham semula jadi.
  • Gabungan beberapa warna bersesuaian untuk kesan multi-dimensi.
Tekstur untuk Creamy Bronzer