Siapakah Yang Sesuai Buat Rawatan Filler Pipi? - Glam Malaysia

Siapakah Yang Sesuai Buat Rawatan Filler Pipi?

Filler pipi sering dikaitkan dengan mengembalikan kontur wajah seperti zaman remaja! Tiada lagi masalah wajah jatuh atau kendur. Adakah anda orang yang sepatutnya, semak dulu sebelum singgah ke pusat estetik.

Manfaat filler pipi ini dapat mencipta kontur dari tulang pipi. Ramai wanita dambakan bentuk tulang pipi ibarat supermodel. Wajah tirus, bersegi dan ambil gambar mana-mana angle tetap nampak cantik. Ada juga memilih rawatan ini kerana untuk mengembalikan volume pipi kerana telah melalui proses penuaan wajah.

Suntikan Filler Pipi

Wanita yang tidak mempunyai tulang pipi sangat sesuai melalui proses injek ini kerana dapat mengimbangi kembali bentuk wajah, meremajakan kulit dan muka jelas kelihatan konturnya.

Siapa yang TIDAK disarankan untuk melakukan Filler Pipi?

Mereka yang telah mempunyai tulang pipi menonjol. Jika anda melalui juga proses ini dikhuatiri berisiko tinggi. Selain itu, jika anda mempunyai garis senyum terlalu dalam. Sebelum membuat rawatan ini, kaji terlebih dahulu adakah klinik atau doktor anda berpengalaman. Semak cara tekniknya dan produk yang digunakan adakah berkualiti tinggi. Pilihlah doktor yang berpengalaman dan jangan lupa baca reviu daripada bekas klien. Apa komen mereka.

See also
Kilauan Berlian Richard Mille Nan Menggoda

Suntikan Filler Pipi

Setelah disuntik Filler Pipi, apakah rasanya?

Akan terasa tekanan pada bahagian yang disuntik terutama di kawasan tulang pipi. Tetapi kebanyakan pesakit tidak berasa sakit seperti apa dibayangkan. Filler ini hanya bertahan antara 12 hingga 18 bulan sahaja.

Artikel berkaitan Adakah Rutin Gua Sha Masih Relevan?