Di waktu usia remajanya, Lupita pernah berfikir yang definisi cantik adalah wanita yang memiliki kulit putih cerah dan berambut lurus berwarna blonde! “Ibu saya selalu memberitahu yang saya juga cantik. Saya akhirnya bersetuju dengan ibu. Cantik itu terlalu subjektif.” Lupita yang juga pernah menjadi wajah Lancome Paris ini juga pemegang ijazah dalam jurusan Teater dan Filem. Cantik dan terpelajar!