Ibu kepada dua cahayamata ini mengamalkan aktiviti yang membuatkan dia gembira seperti senaman dan memasak. Baginya, dua aktiviti ini mengurangkan tekanan dan mencergaskan tubuhnya. Berusia 43, Gwyneth berkata dia tidak suka memakai mekap di rumah dan lebih selesa tampil tanpa sebarang mekap ketika beriadah.