Wanita paling berkuasa setanding Madonna dalam industri muzik, Beyonce sememangnya wanita classy yang sentiasa menitikberat penampilan dan imejnya. Menurut Bey, dia berasa lebih cantik selepas melahirkan anaknya, Ivy Blue. “Saya tidak pernah berasa begitu lengkap seperti sekarang. Menjadi ibu membuatkan kamu rasa seperti berguna di muka bumi ini,” jelasnya. Dia juga mengamalkan detoks diet dan bersenam untuk tubuh yang sihat dan cantik.