Serum Hibrid Supergoop Gabungkan Vitamin C + SPF 40 - Glam Malaysia

Serum Hibrid Supergoop Gabungkan Vitamin C + SPF 40

Supergoop singkatkan rutin penjagaan kulit wajah anda! Menerusi formula inovasi, gabungan Vitamin C dan SPF 40 antara kenapa anda perlu memilikinya segera.

Pernah juga saya tertanya-tanya, apakah jenama penjagaan kulit wajah ini punya hibrid formula? Yalah, kita semakin pantas menerajui dunia canggih. Akhirnya, persoalan saya terjawab, pengasas Supergoop  Holly  Thaggard temui penyelesaian cukup inovatif kerana bukan sahaja melindungi kulit dari sinaran matahari malah merawat wajah dengan formula serba efektif. Kehadiran serum tabir suria bersama Vitamin C adalah kemunculan julung kalinya.

Vitamin C sering dipuji kerana manfaatnya yang mencerahkan, menghaluskan dan mengurangkan bintik gelap. Malah, merupakan salah satu bahan penjagaan kulit yang paling sensitif dan cerewet dalam industri penjagaan kulit wajah.  Sebaik sahaja ia terdedah kepada sebarang bentuk udara atau cahaya matahari, ia teroksida serta-merta dan  mengurangkan keberkesanannya.

Memandangkan matahari juga musuh terbesar Vitamin C (dan kulit kita), Pengasas Supergoop! Holly Thaggard menemui penyelesaian inovatif untuk meraih faedah penuhnya: dengan menggabungkannya dengan SPF. Oleh itu, Vitamin C + SPF 40 Dos Harian Supergoop! telah dilahirkan! Ia adalah Vitamin C berkeupayaan tinggi pertama dan hibrid pelindung matahari yang menggandingkan Vitamin C dengan spektrum luas SPF 40 dalam formulasinya. Hanya dalam satu langkah yang berkuasa, serum akan menambah kecerahan, penghidratan dan perlindungan kepada rutin penjagaan kulit anda.

See also
Sesi Pengalaman Wangian GLAM Beauty Club X Gucci Flora

Artikel berkaitan Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik

 

Serum hibrid ini boleh digunakan secara harian kerana Supergoop Vitamin C + SPF 40 memberi ilusi kulit bersinar dari dalam sambil menggandakan perlindungan daripada sinaran UV dan cahaya biru. Dengan kehadiran koktel bahan pencerah kulit seperti Vitamin C, Ekstrak Plum Kakadu, dan Niacinamide, kulit akan lebih cerah, terhidrat, dan yang paling penting, dilindungi daripada sinaran UV dan cahaya biru.

 

Cara penggunaan

Jika ini adalah satu-satunya SPF dalam rutin penjagaan kulit anda, sapukan pada kulit wajah dan pastikan sekata. Dengan hanya 5 pam sebagai langkah serum anda,anggap ia sebagai produk serum anda. 15 minit sebelum pendedahan matahari.