Use your ← → (arrow) keys to browse
Aesop hadir dengan solusi terbaik untuk bukan penggemar serum tekstur minyak atau krim tebal. Dengan formulasi baharu, Lucent Facial Concentrate hadir dengan tekstur likat berair.
Lucent Facial Concentrate merupakan serum yang punya fungsi penghidratan kuat dan mengimbangi kulit serta-merta. Tekstur dan kemasannya paling ringan dalam rangkaian produk penghidratan wajah Aesop. Sangat sesuai untuk anda yang tidak menggemari tekstur yang tebal, lambar serap atau berminyak. Tetapi masih inginkan dos vitamin yang tinggi!
Lucent Facial Concentrate merupakan serum yang punya fungsi penghidratan kuat dan mengimbangi kulit serta-merta
Serum ini adalah menggunakan formulasi berasaskan air yang menawarkan penghidratan berasaskan humectant, yang biasanya diperkaya dengan rangkaian bahan yang menyokong kulit. Kandungan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C), Niacinamide (Vitamin B3) dan Sodium Carrageenan mempunyai keupayaan seperti mengimbangi kulit, kulit lebih sekata dan meningkatkan kelembapan berterusan.