Sembang Cantik Bersama Pengarah Saintifik Lancôme, Dr Annie Black
Sembang Cantik Bersama Dr. Annie Black, Pengarah Saintifik Antarabangsa Lancôme

1. Apakah yang menginspirasi anda untuk meneroka teknologi PDRN, dan bagaimana ini membawa kepada pembangunan bahan Absolue PDRN yang eksklusif?
PDRN telah digunakan secara meluas dalam prosedur dermatologi dan estetik di Asia, terutamanya di Korea. PDRN yang berasal dari salmon, kami memilih untuk berinovasi dengan PDRN yang berasal dari tumbuhan. Absolue PDRN yang hanya dibuat dari intipati bunga mawar.
Absolue PDRN adalah bahan longevity kerana ia bertindak pada fungsi mitokondria, ciri utama penuaan kulit. Dalam ujian in vitro, Absolue PDRN kami menunjukkan peningkatan 80 peratus dalam metabolisme tenaga sel, penanda teras bagi panjang umur selular dengan meningkatkan, melindungi dan menggandakan mitokondria (pusat kuasa sel).
2. Bagaimanakah tekstur dan pengalaman aplikasi The Soft Cream berbeza dari produk lain dalam barisan Absolue?
The Soft Cream menawarkan tekstur yang benar-benar transformatif yang membezakannya dalam barisan Absolue. Semasa aplikasi, hanya sebesar saiz mutiara sudah memadai. Tekstur beige-rose yang lembut namun kaya, yang terasa tebal dan selesa dalam balang. Dipenuhi dengan aroma teh mawar yang halus, krim ini segera menyelubungi deria.
Selepas diurut, kulit terasa sangat berkhasiat dan tegang, dengan rasa keselesaan yang diperbaharui. Berbanding dengan tekstur Absolue lain, The Soft Cream menawarkan transformasi sensorial yang unik, dari tebal kepada nipis kepada tebal semula. Dari hanya seminggu, kulit kelihatan lebih berisi, terangkat, dan lebih berseri.

3. Bagaimana sebenarnya krim ini mengurangkan 5 tahun penuaan dalam hanya satu bulan?
Kajian klinikal kami menunjukkan peningkatan yang dapat dilihat dalam tanda-tanda penuaan selepas hanya satu bulan selepas penggunaan dua kali sehari. Kami telah membandingkan keputusan ini dengan Skin Atlases L’Oréal yang meluas, yang dibina selama 20 tahun penyelidikan. Diklasifikasikan tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat merentas kumpulan umur yang berbeza dengan teliti. Perbandingan ini menunjukkan bahawa peningkatan yang diperhatikan sesuai dengan pengurangan dalam penampilan penuaan yang setara dengan kira-kira lima tahun.
4. Bagi seseorang yang baru dengan rangkaian Absolue, bagaimana anda mengesyorkan penggunaan The Soft Cream dalam rutin penjagaan kulit mereka untuk hasil yang optimum?
Dua kali sehari, selepas mencuci wajah dan serum. Anda juga boleh meningkatkan rutin anda dengan ritual urutan Absolue Soft Cream iaitu pengalaman mewah dan sensori yang menggabungkan keberkesanan daya tahan kulit dengan kesejahteraan emosi. Mulakan dengan memanaskan krim sebesar biji hazelnut di antara tapak tangan anda. Tarik nafas secara perlahan dan selami aroma khas dan tekstur licin. Sapukan krim dengan lembut pada muka, leher, dan décolleté, kemudian ikuti dengan teknik urutan membentuk yang direka untuk membangkitkan keaktifan kulit dan meningkatkan penyerapan. Gunakan jari yang dibengkokkan untuk mengurut garisan kontur dalam dan luar muka anda, sapukan gerakan ke atas merentas dahi, dan gunakan gerakan bulatan di sekeliling leher untuk merangsang peredaran darah dan melepaskan ketegangan. Ulang setiap gerakan beberapa kali untuk melibatkan kulit sepenuhnya. Akhiri dengan gerakan melicinkan untuk menyegel ramuan aktif dan mendedahkan cahaya yang bertenaga semula dan berseri. Dan akhirnya, jangan lupa untuk memakai krim tabir suria anda!
5. Selain daripada teknologi Absolue PDRN, apakah ramuan utama lain yang terdapat dalam The Soft Cream dan apakah faedah yang diberikan?
Di tengah-tengah formula baru ini terletak trio revolusioner bahan aktif umur panjang:
- Absolue PDRN meningkatkan metabolisme daya tahan sel.
- Proxylane. Ia meningkatkan fungsi isyarat, mekanisme yang sangat penting dalam pemultiplikasian sel kerana komunikasi yang diperbaiki adalah kunci untuk pembaharuan sel. Kajian kami telah menunjukkan peningkatan 20% dalam pemultiplikasian sel yang bergantung kepada isyarat.
- Ramuan ketiga ialah ekstrak CO2 mawar kekal (Perpetual rose). Ia bertindak pada perlindungan protein untuk memelihara struktur sel. Ekstrak mawar kami melindungi sel daripada tekanan luar dan kajian kami telah menunjukkan penurunan 28% dalam kerosakan tersebut.
Ramuan-ramuan ini diformulasikan dalam krim lembut Absolue Longevity yang baharu. Formula baru ini bertindak pada kontur luar dan dalam yang lebih tegas, ketumpatan dan tulang pipi yang terangkat.
Artikel berkaitan Lancôme Skin Idôle 3 Serum Supertint: Serum atau Foundation?
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

