Sembang Cantik Bersama Nadia Nasimuddin

Sembang Cantik Bersama Nadia Nasimuddin

Ikuti sembang cantik bersama Nadia Nasimuddin yang berkongsi tentang rahsia kecantikan dan juga mengenai jenama kecantikannya, POP Neutral.

Nadia Nasimuddin merupakan pengasas POP Neutral, jenama kecantikan yang menawarkan produk penjagaan badan semula jadi yang dibuat dengan minyak tumbuhan, bebas daripada toksin dan bahan-bahan keras. GLAM menemubual secara eksklusif bersama Nadia sedikit sebanyak tentang dunia kecantikan.

1. Apakah rahsia kecantikan anda?

Rahsia kecantikan saya sudah semestinya mengekalkan kulit saya terhidrasi dan lembap dengan menggunakan minyak ataupun pelembap penjagaan badan. Selain itu, pastikan anda minum air dengan jumlah yang mencukupi sepanjang hari untuk hasil kulit yang baik.

2. Apakah produk kecantikan wajib yang anda miliki?

Produk yang saya tidak boleh tingalkan ialah skrub dan body butter kerana saya amat mementingkan penjagaan kulit badan agar ia kekal sihat dan halus. Caffe Latte Shower Scrub bertekstur ringan dan berkrim mempunyai bahan untuk menyuburkan kulit. Tambahan lagi, haruman lazat dengan gabungan kopi yang menaikkan semangat dan menenangkan. Pada masa yang sama, amalkan penggunaan shea body butter berkrim ini untuk penyelesaian yang sempurna bagi kulit kering. Ia membantu menyuburkan, melindungi dan memulihkan kulit anda.

See also
Rambut Glitter: Gaya In-Trend Buat Musim Perayaan

Nadia Nasimuddin

3. Apakah produk kegemaran anda dari POP Neutral yang peminat boleh cuba?

Saya akan mengesyorkan anda di luar sana untuk mencuba POP Stretch Mark Oil dan POP Shea Body Butter yang merupakan produk terlaris kami. Fokus utama minyak stretch mark ini adalah untuk meningkatkan keanjalan kulit, memastikan ia terhidrat untuk mencegah penampilan stretch mark terutamanya semasa kehamilan. Ia meningkatkan keupayaan kulit untuk meregangkan dan kembali ke bentuk asalnya untuk mengelakkan sebarang stretch mark. Bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan dalam penjagaan kulit, POP Cafe Latte Shower Scrub adalah langkah pertama yang anda harus lakukan dalam rutin kecantikan.