Use your ← → (arrow) keys to browse
Apakah jenama kosmetik pilihan anda?
Saya amat gemarkan barisan solekan dari Dior Backstage Glow Face Pallette Highlighter, Lip Maximizer Hyaluronic Lip Plumper. Lip Plumper ini buat bibir saya sentiasa lembap dan selesa dipakai sepanjang hari. Terakhir, Givenchy Prisme Libre.
Apa yang anda percaya tentang dunia kecantikan sekarang yang sebelum ini anda tidak percaya?
Jika dulu anda akan ingat dengan bersolek tebal barulah tampak cantik! Namun sekarang ini, anggapan itu tidak lagi reasonable kerana kecantikan dalaman adalah lebih penting. Jika anda jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat ia membantu luaran kelihatan lebih bersinar dan segar.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”