Selena Gomez Enggan Menerima Kritikan Perihal Parutnya

Selena Gomez Enggan Dikecam Kerana Parutnya

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Membawa isu ini secara telus di Instagram, Gomez berkongsikan sebuah klip video menampilkan detik-detik dia berseronok di Sydney sambil dikelilingi oleh individu-individu yang memberikan impak positif ke dalam hidupnya. Di samping itu, dia juga turut menyertakan kapsyen yang ditujukan kepada mereka yang menyerangnya hanya kerana dia membuat keputusan untuk menunjukkan parutnya kepada dunia:

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on

The beauty myth- an obsession with physical perfection that traps modern woman in an endless cycle of hopelessness, self consciousness, and self-hatred as she tries to fulfill society’s impossible definition of flawless beauty. I chose to take care of myself because I want to, not to prove anything to anyone.
Wind in her sails.

Gomez sendiri mengaku dia sukar untuk menerima kesan parut itu pada mulanya. “Saya tidak merasa selesa pada mulanya. Ia sukar bagi saya. Saya ingat detik saya merenung diri saya di dalam cermin tanpa seurat benang dan memikirkan semua perkara yang pernah saya merungut dan bertanya ‘Kenapa?'”

See also
Semuanya di Dapur, Ini Tip Rawat Ketiak Hitam Anda

“Apabila saya melihat tubuh badan saya kini, saya hanya melihat kehidupan. Terdapat sejuta perkara yang saya boleh lakukan — laser dan krim dan banyak lagi — tetapi saya tidak memerlukannya.”