Jenama penjagaan kulit baharu buatan Malaysia dan direka di Australia ini bersifat minimalis. Buat anda yang mempunyai kulit sensitif dan mudah berjerawat, pupur wajah Glow Gen Pink Clay Purifying Mask yang berasaskan tanah liat merah jambu dari Perancis selesaikan masalah anda. Selain nyahtoksik kulit, ekstrak Manggis dan bunga raya dapat menenangkan wajah serta merangsangkan penghidratan tambahan.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”