Selamatkan Kulit Wajah Dengan Ceramidin
Kunci rahsia penjagaan kulit wajah terletak pada kandungan Ceramide. Supermodel Gigi Hadid turut memilih Dr. Jart+ Ceramidin sebagai rutin wajib dalam penjagaan kulit selepas bersalin.
Jenama penjagaan kulit Dr. Jart+ ini sudahpun berada di pasaran dunia dan terus kekal meraih perhatian buat penggemar produk kecantikan multifungsi. Dr. Jart+ atau lebih dikenali sebagai “Doctor Joins Art” ini berasal dari Seoul, Korea Selatan. Terkejut bukan? Disebalik keunggulan dalam mengabungkan ideologi sains dermatologi dan kesenian untuk menghasilkan formula cukup eksklusif dalam rawatan penjagaan kulit mengikut kesesuaian kulit anda dan ciptaan reka bentuk produk serba moden kreatif ini juga menarik minat untuk orang mencuba tanpa fikir panjang.
Apa itu Ceramide?
Ceramide adalah molekul lipid iaitu molekul semula jadi yang berada di lapisan permukaan kulit anda dan bertindak sebagai penghalang kulit daripada terdedah dengan sumber bahaya yang akan menembusi kulit wajah. Jika kulit anda sedang alami masalah terlalu kering dan sensitif, inilah masa yang sesuai untuk guna Ceramide. Ia juga bertindak sebagai kolagen kulit kulit dan kekalkan kelembapan kulit secara maksima.
Apabila umur semakin menginjak, kita akan terasa kekurangan nya bantuan Ceramide dalam badan dan kulit tidak lagi elastik atau lembap. Oleh itu Dr. Jart+ menerusi rangkaian Ceramidin bakal selesaikan masalah kulit kering anda. Ceramidin merupakan barisan produk paling popular di Dr. Jart+ menguatkan pelindungan kulit secara semula jadi dan ditambahkan lagi dengan 5-Cera Complex ianya lebih efektif dalam menguatkan struktur kulit dan elak kulit kering walaupun berada dalam klimaks kotor.
Banyak faktor kenapa anda patut tambah Dr.Jart+ dalam koleksi jagaan kulit anda. Sebagai newbie yang hendak berjinak untuk membeli produk Korea ini, GLAM bariskan rangkaian terbaik dari Dr.Jart+ sebagai permulaan kembara cantik anda bersama produk kegemaran ramai ini yang kini dijual di gedung kecantikan, Sephora.my