Selamat Tinggal Kekasih Gelapku, Blackheads!
Bila kulit terdedah kepada sinar matahari, peningkatan pengeluaran sel-sel melanosit menyebabkan blackheads. Singkirkan secepat mungkin dengan ikuti rawatan tradisional ini.
Jus lemon
Menghilangkan bintik hitam dengan efek meluntur. Sapukan jus lemon pada bintik hitam selama setengah jam sebelum membilasnya dengan air sejuk. Ulang rutin ini dua kali sehari dalam dua bulan untuk mendapatkan hasil positif. Untuk kulit sensitif, cairkan jus lemon dengan air, air mawar atau madu.
Susu mentega
Mengandungi asid laktik yang sangat berkhasiat kepada kulit. Ambil dadih dan sapukan pada bintik hitam dengan kapas dan biarkan selama beberapa minit sebelum mencuci dengan air. Tompok coklat akan mula berkurangan. Untuk kulit berminyak atau berjerawat, sapukan dadih dengan jus lemon.
Yogurt
Cara selamat dan mudah untuk memudarkan tompok coklat secara semula jadi. Ambil sedikit yogurt kosong dan sapukan pada bintik hitam dan biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya dengan air sejuk. Untuk hasil yang lebih cepat, sapukan yogurt sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Aloe vera
Lidah buaya sangat baik untuk menyembuhkan luka terbakar yang ringan dan juga menghilangkan bintik coklat. Ambil gel lidah buaya segar dan sapu pada bintik hitam. Biarkan selama setengah jam sebelum mencuci dengan air sejuk. Ulangi proses ini dua kali sehari dan dalam tempoh sebulan.
Minyak kastor
Minyak kastor mempunyai ciri-ciri penyembuhan berkesan untuk menghilangkan tompok coklat atau tompok penuaan. Dengan menggunakan kapas bersih sapukan minyak kastor pada bintik hitam di waktu pagi dan malam, kemudian urut perlahan-lahan beberapa minit. Bersama-sama dengan minyak kastor anda juga boleh menggunakan minyak vitamin E, minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak badam untuk mengubati bintik coklat pada kulit.
Kayu cendana
Merupakan agen anti-penuaan dan antiseptik yang membantu menghilangkan bintik coklat. Campurkan serbuk cendana, air, gliserin dan jus lemon, sapukan pada bintik hitam dan biarkan ia kering secara semulajadi. Gunakan air sejuk untuk mencuci. Urut kulit yang terjejas dengan minyak gaharu setiap hari sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Artikel berkaitan Kekal Menawan Sepanjang Hari