Rutin Kecantikan Blake Lively - Glam Malaysia

Rutin Kecantikan Blake Lively

 

Kecantikan natural Blake Lively menjadi pujaan ramai

Kecantikan natural Blake Lively menjadi pujaan ramai

 

Tidak dapat dinafikan bahawa kejelitaan bintang Gossip Girl, Blake Lively menjadi kecemburuan ramai, terutamanya dalam kalangan mereka di  Hollywood. Blake Lively bukan lagi asing dengan lensa-lensa kamera paparazzi, mahu di atas majlis karpet merah mahupun ketika bersiaran bersama keluarga tersayang.

 

 

Namun demikian, persoalannya di sini ialah bagaimana Blake menjaga kecantikannya  walaupun dibelenggu stress dari kerjayanya dan kehidupan peribadi yang tidak begitu peribadi? Sememangnya pelakon The Sisterhood of Travelling the Pants ini mempunyai rutin kecantikan yang rapi serta effektif.

 

 

Blake Lively kelihatan menawan ketika di Festival Filem Cannes 2016

Blake Lively kelihatan menawan ketika di Festival Filem Cannes 2016

 

Beliau dengan rendah hatinya berkongsi akan rutin kecantikan hariannya, “Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Walaupun hasilnya lambat untuk dilihat, namun diri saya pada masa hadapan akan berterima kasih kepada diri sayang sekarang.” Dari segi perihal make-up hariannya, Blake hanya menggunakan sunblock ber-SPF dan pelembab tinted. Gincu berwarna merah jambu lembut menjadi pelengkap look hariannya. Beliau juga selalu menggunakan kertas penyerap minyak di bahagian pipi dan kelopak mata.

See also
Miss Dior Meraikan Kehidupan Pasca Pandemik

 

 

Simple tapi stunning!

Simple tapi stunning!

 

 

Satu tips rahsia yang di berinya ialah meletakkan sedikit blusher di bahagian pipi, hujung hidung dan di perbelahan rambut. “Dengan cara itu, ia tidak menyerupai blusher, namun ianya seakan-akan matahari menyinar atau melantun pada permukaan kulit anda, secara tidak simetrikal. Bukan seperti make-up”, kata Blake akan nasihat yang diberi oleh seorang jurusoleknya suatu ketika dahulu.

 

Oleh: Aizat Azman Shah