Use your ← → (arrow) keys to browse
Wajah Lembap Bersama C.E.O Afterglow Brightening Vitamin C Gel Cream
Untuk melengkapi keseluruhan rutin Runway-Ready ini, krim gel C.E.O Afterglow Brightening Vitamin C buat wajah lebih terhidrasi dan cerah. Hanya urut di wajah, leher dan sekitarnya secara menolak ke atas. Krim gel ini buat kulit kekal lembap selama 24 jam.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”