ROSÉ Kini Duta Global Sulwhasoo - Glam Malaysia

ROSÉ Kini Duta Global Sulwhasoo

Bintang K-Pop terkemuka, ROSÉ Blackpink dipilih sebagai wajah kempen antarabangsa Sulwhasoo.

ROSÉ kini data global Sulwhasoo

ROSÉ kini data global Sulwhasoo

September ini Sulwhasoo melancarkan penjenamaan semula jenama menerusi manifesto baharu melalui kempen #SulwhasooRebloom. Segalanya diperbaharui dan ditafsir semula akan semangat jenamai ini. Kempen ini juga menyampaikan mesej melalui dua filem untuk mengukuhkan titik permulaan jenama diperkenalkan. Sulwhasoo merupakan jenama penjagaan kulit terkemuka Korea yang ikonik dengan membentangkan penyelesaian asas kepada setiap masalah kulit dan menyampaikan nilai estetika yang melangkaui kecantikan ke arah tahap seni dan budaya.

Edisi Terhad First Care Activating Serum

Edisi Terhad First Care Activating Serum

Setelah bertahun lamanya, jenama ini terus berkembang pesat dengan kehebatan penemuan rahsia ramuannya dan juga teknologi. Melalui kitaran inovasi sains, jenama ini berjaya mengekalkan reputasinya sebagai jenama penjagaan kulit wajah premium dan disegani dunia. Kempen ini bertujuan memberi peluang kepada pelanggan sedia ada dan baharu untuk melihat jenama itu dari sudut yang berbeza supaya kejelasan kewujudan Sulwhasoo dapat diterapkan dengan kukuh.

See also
Kulit Lebih Sekata Jadi Idaman Wanita

ROSÉ berkata dia First Care Activating Serum adalah produk pilihannya yang juga ikonik daripada Sulwhasoo. Dia masih ingat dengan jelas bau produk penjagaan kulit yang dihidunya di pipi ibunya semasa kecil. Ia adalah bauan First Care Activating Serum. ROSÉ mempunyai falsafah kecantikan yang tegas bahawa dia tidak beralih kepada produk lain sebaik sahaja dia mendapati produk yang sesuai dengan kulitnya, dan First Care Activating Serum pastinya telah menjadi produk kecantikan yang mesti ada di meja soleknya.

Pilihan utama ROSE untuk ritual kecantikannya

Pilihan utama ROSE untuk ritual kecantikannya

Artikel berkaitan Ekstrak Ginseng Rahsia Kulit Tegang