Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi

Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi

dreamer1Gambar: Arkib GLAM

 
Pengelupasan sangat penting dalam setiap rejim penjagaan kulit. Bukan sahaja ia membuangkan sel-sel kulit mati, tetapi juga menghapus minyak dan kotoran pada liang pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat. Kebanyakan exfoliant mengandungi bahan kimia dan puluhan bahan-bahan lain yang dipersoalkan kerana mempunyai manfaat yang tidak diketahui. Jadi, buat exfoliator sendiri daripada bahan semula jadi, cukup mudah! Ikuti resipi mudah empat bahan ini.
 
Skrub Baking Soda
Ia menyegarkan, membuang kotoran dan kulit lebih bersih. Hablur halus dalam baking soda adalah saiz yang betul untuk bertindak sebagai exfoliant lembut, dan ramai percaya bahawa ia dapat membantu memudarkan jerawat. Campurkan satu sudu teh baking soda dengan pencuci muka anda untuk menjadikannya bahan pengelupasan. Anda juga boleh membuat pes, campurkan baking soda dan air, kemudian sapukan ke kulit dan biarkan selama lima hingga 10 minit sebelum membilasnya.
 
Skrub Kopi
Kopi adalah exfoliant semula jadi yang hebat. Ia mengandungi asid kafein yang mempunyai kesan antiradang dan boleh meningkatkan pengeluaran kolagen. Sama seperti kopi yang mampu merangsang badan kita pada waktu pagi, ia juga beraksi sebagai perangsang kulit. Campurkan satu sudu serbuk kopi dengan satu sudu besar air atau minyak zaitun.
 
Skrub Gula
Gula pasir adalah satu kaedah exfoliant semula jadi. Campurkan gula dengan madu yang kaya antioksidan dan ciri-ciri antimikrobial bersama sedikit lemon untuk tujuan pencerahan. Nah, anda sudah menghasilkan skrub wajah hebat berkhasiat dan berhasil. Campurkan satu sudu teh gula, 1/2 sudu teh madu dan perah jus lemon segar dan gaul rata. Jika campuran tidak sebati, tambah sedikit lagi gula.
 
Skrub Mil Oat
Mil oat yang telah dikisar bukan sahaja berfungsi sebagai exfoliant yang memberi efek menakjubkan, tetapi ia juga menyerap, membuang kotoran pada permukaan kulit, mengebukan kulit dan sentiasa terhidrat. Ia juga dapat menenang dan menyembuhkan jerawat, selaran matahari juga mengatasi masalah kulit kering. Memandangkan sifatnya yang lembut, mil oat juga sesuai untuk kulit sensitif. Campurkan satu sudu besar mil oat dengan 1/4 sudu teh garam, dan satu sudu teh air atau minyak zaitun untuk membuat pes. Perlahan-lahan sapukan ke kulit anda dalam gerakan bulat, biarkan selama lima hingga 10 minit dan bilas.
 
 

See also
8 Wanita Paling ‘STYLISH’ 2022, dari Doja Cat, Rihanna ke Taylor Russell