“Reinvent Yourself” with Henry Jacques
Henry Jacques merupakan rumah dan laboratorium minyak wangi antara yang terbaik di Perancis. Merangkumi hampir setengah abad menawarkan ciptaan parfum yang diperihalkan kepada pelanggannya yang terdiri daripada banyak keluarga diraja. Sehingga kini, wangian daripada Henry Jacques terdiri daripada pati semulajadi premium yang susah payah diperoleh dari seluruh dunia, dibawa bersama dan di kraf dengan khusus di Grasse bahagian selatan Perancis. Kini, French Haute Parfumerie ini telah membuka butik kedua yang berdiri sendiri di Asia, di pusat beli-belah mewah Pavilion Kuala Lumpur. Butik seluas 650 kaki persegi ini direka khas oleh Christope Tollemer, pengarah seni Henry Jacques, dengan melangkaui hiasan luaran semata-mata. Menggunakan kayu oak padat untuk struktur utama, moulding yang diukir oleh tangan di basswood dan selesai dengan salutan emas, tentu seperti gemaan piawai mulia pangsapuri Paris bersejarah. Butik ini sangat elegan membawakan delusi keagungan masa lalu dan memberikan kemodenan pesona abadi. Dengan gimik pintu tersembunyi, pelanggan boleh berpengalaman untuk meneroka koleksi dan menemui aroma kegemaran sendiri. Butik ini dipasang di Perancis dan kemudiannya dibungkus secara vakum untuk dipasangkan semula di Kuala Lumpur oleh pasukan Henry Jacques. Proses panjang ini adalah satu-satunya cara untuk menjamin ketukangan Perancis yang tidak dikompromi dan juga untuk mencerminkan bahan-bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam minyak wangi mereka.
GLAM berpeluang menemui Anne-Lise Cremona, anak wanita kepada Henry Jacques Cremona sendiri, juga merupakan sebagai Ketua Pengarah Henry Jacques. Pada sesi temu bual sempena pelancaran pembukaan butik Henry Jacques yang pertama di Kuala Lumpur, Malaysia, Anne-Lise Cremona berkongsi tentang rasa minatnya yang tinggi terhadap negara-negara di Asia kerana sangat kaya dengan bahan-bahan yang banyak mempengaruhi haruman minyak wangi mereka. Selain dari itu, dia berkongsi tentang inspirasi setiap bau berasal dari memori dan kenangan kolektif yang mempunyai penyampaian cerita yang mendalam. Hidup ini merupakan perjalanan yang sentiasa berubah dan berkembang, Cik Anne-Lise menerangkan tentang bagaimana wanita boleh mencipta semula diri dengan cara pemilihan wangiannya. Dia mengatakan bahawa deria bau merupakan deria yang sangat kuat untuk membawa semula memori, dan minyak wangi adalah salah satu daripada komponen itu. Sebelum kita mencipta semula diri, kita perlu mengetahui diri kita sendiri. “We have to discover more.” ujar Anne-Lise menyamakan proses penerokaan diri seperti minyak wangi.