GLAM Cuba Rawatan Rambut Mewah Bersama Oribe
Oribe

GLAM Reviu: Kami Cuba Rawatan Rambut Mewah Bersama Oribe

GLAM berpeluang untuk mencuba rawatan rambut mewah menggunakan produk rambut kegemaran ramai selebriti Hollywood, Oribe. Ayuh ikuti pengalaman kami di Hair Zone Studio by Michael Poh, MyTOWN Shopping Centre.

Melangkah masuk ke salon rambut Hair Zone Studio by Michael Poh yang bertempat di MyTOWN Shopping Centre ini ibarat menjejaki istana indah. Sangat selesa dan penuh privasi. Setiap ruang didekorasikan cukup menawan, membuatkan saya tidak sabar untuk memulakan rawatan rambut. Lebih istimewa, kali ini saya berpeluang mencuba produk daripada Oribe. Oribe sememangnya jenama yang amat popular di Amerika Syarikat dan menjadi kegemaran banyak selebriti terkemuka antaranya J-Lo, Lana Del Ray, juga Meghan Markle.

Oribe

Ingatkah lagi anda pada gaya rambut blow dry ikonik Cindy Crawford, ponytail J-Lo di kulit album ‘On the 6’ dan juga gaya kebanyakan dandanan rambut peragawati ketika era akhir 90-an? Itulah hasil seni tangan Oribe Canales, yang juga Pengasas jenama penjagaan rambut Oribe ini. Dia menyalinkan cinta dan ilmunya terhadap dunia dandanan rambut menjadi sebuah empayar bisnes produk yang sememangnya hebat dan berkualiti tinggi. Mula dilancarkan pada tahun 2008 bersama Pengasas Bersama Daniel Kaner, produk mereka mula mendapat perhatian dan kini menjadi antara produk penjagaan mewah yang digunakan di kebanyakan salon berprestij seluruh dunia.

See also
Zoe Kravitz ‘Liar Berparti’ Hujung Tahun Ini

Pengalaman Rawatan Rambut Oribe di Hair Zone Studio by Michael Poh

Saya disambut mesra dan terus dibawa duduk ke satu ruang yang lebih berprivasi dan selesa. Setelah itu, saya diterangkan satu persatu tentang keistimewaan produk Oribe dan ternyata saya sudah mula jatuh cinta. Proses rawatan rambut dimulakan dengan sesi urutan kulit kepala dan bahu menggunakan Oribe Dessertland Restorative Body Crème. Saat krim ini disapu pada kulit kepala, serta-merta harumannya menusuk halus di hidung. Bauannya yang amat menenangkan, dengan suntikan bau adunan almond manis, minyak starflower, meadowfoam, minyak zaitun, jojoba dan shea butter membuatkan diri terasa tenang saat menyarungnya.

Oribe

Gambar: Instagram Oribe

Sesudah itu, rawatan diteruskan lagi dengan sapuan exfoliating scrub. Ini kerana sebelum memulakan rawatan, kami juga telah menjalani sesi konsultasi terlebih dahulu. Saya berkongsi tentang keadaan terkini rambu dan kulit kepala. Ternyata, kulit kepala saya memerlukan penjagaan ekstra. Maka, sapuan skrub dilakukan bagi mencuci kulit kepala agar lebih bersih dan segar. Kerana saya juga sering menagalami masalah rambut berminyak, mereka menyarankan saya untuk menggunakan syampu Oribe Serene Scalp Oil Control Shampoo.

See also
Rutin Penjagaan Kulit Anda Bisa Menjadi Lebih Mudah

Antara produk Oribe yang perlu anda cuba adalah Gold Lust Transformative Masque. Ia mampu membantu mengembalikan rambut sihat dan sangat sesuai buat anda yang memiliki rambut rosak dan kering. Rambut saya yang juga berwarna turut menjadi punca mengapa rambut saya kelihatan tidak bermaya dan tidak sihat. Maka, sarungan pupur ini serta-merta mengembalikan keserian rambut dan membuatkan rambut menjadi sihat kembali. Dengan adanya intipati seperti ekstrak melur, teh putih, baobob juga bahan teknologi seperti bio-restorative complex daripada jenama ini menjadikan setiap helaian rambut lebih lembut.

Oribe

Gambar: Instagram Oribe

Sesudah selesa proses mencuci, kulit kepala saya disembur dengan Serene Scalp Oil Control Treatment Mist. Disembur pada rambut separa basah dan kemudian diurut agar serapan produk tadi lebih berkesan pada kulit kepala. Kemudian rawatan diakhiri dengan sapuan minyak rambut, Gold Lust Nourishing Hair Oil. Minyak mewah ini amatlah ringan dan mudah serap kedalam setiap helaian rambut yang separa basah tadi. Diperbuat daripada adunan mewah bunga melur, edelweiss, laici, sandalwood, cassis, bergamot dan ekstrak argan membuatkan rambut kekal terlindung, lebih kuat dan lembut. Sapuan minyak ini melengkapkan lagi hasil rambut yang lebih bersinar dan sihat walaupun rambut saya sebelum ini kelihatan kering dan tidak bermaya.

See also
Urban Decay Bakal Melancarkan Dua Rangkaian Skincare

Oribe

Penulis bersama Michael Poh, Pemilik salon Hair Zone Studio by Michael Poh