Rangkaian Blush Kylie Cosmetic Pula Dikecam Netizen - Glam Malaysia

Rangkaian Blush Kylie Cosmetic Pula Dikecam Netizen

Selepas insiden kotak Kylighters kosong yang dihantar kepada pembeli mereka, Kylie Cosmetics telah mengumumkan pengeluaran rangkaian produk terbaru mereka; blush dengan kemasan matte yang akan dilancarkan pada Jumaat ini jam 3PM PST.

 

Jenner yang sering memperkenalkan produk-produk barunya melalui akaun Snapchat peribadinya telah berkongsi beberapa video dan gambar yang menampilkan produk terbarunya ini dan nama setiap rona blush.

 

Rona-rona ini diberi nama “Hopeless Romantic,” “Virginity” dan juga nama-nama yang agak seksual seperti “Hot and Bothered,” “Barely Legal,” “X Rated.”

 


 

Walaupun peminatnya gembira dengan berita ini namun kebanyakannya berasa tidak selesa dengan beberapa nama yang digunakan Kylie Cosmetics untuk produk terbarunya ini iaitu: “Virginity” dan “Barely Legal.”

See also
Kenali Lima Pioner Rimowa Malaysia

 

Netizen mengecam nama-nama ini kerana ia seperti Jenner ingin membuatkan hubungannya bersama kekasihnya Tyga (8 tahun perbezaan umur) tampak normal walhal tidak sama sekali kerana Tyga mula bersama dengan Jenner ketika dia masih di bawah umur.

 

Pihak Kylie Cosmetics masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini tapi nampak gayanya mereka mungkin akan meneruskan pelancaran produk ini tanpa sebarang perubahan pada nama-nama produk tersebut.

 

Ini seakan-akan membuktikan bahawa kontroversi seperti ini merupakan taktik bagi mogul muda ini untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk melariskan produk-produknya. We’ll never know unless she kiss and tell.

 


 

See also
Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List