Raikan Pinktober Bersama 5 Produk Kecantikan Terkini
Raikan bulan Oktober ini dengan membawa seribu satu harapan! Warna merah jambu lambang kepada kempen memerangi kanser payudara. GLAM membariskan 5 produk berona merah jambu membangkitkan semangat dan harapan buat setiap wanita.
Pinktober bukan sekadar trend warna, malah ia menjadi pergerakan yang memberi makna lebih mendalam kepada rutin kecantikan kita. Selain membawa kepada mesej kuat penuh harapan, kekuatan, dan perpaduan dalam memerangi kanser payudara. 5 jenama kecantikan yang menampilkan barisan produk berona merah jambu khas sempena bulan ini.
1. GUERLAIN MÉTÉORITES PERLES DE POUDRE
Produk ikonik Guerlain ini kembali dengan konsep baharu untuk anda yang mahukan kulit berseri semula jadi. Setiap mutiara bedak yang dihasilkan secara manual ini mempunyai fungsi tersendiri sama ada biar kulit wajah seperti siap solek, atau mengawal minyak dari kelihatan berlebihan, manakala yang lain pula mencerahkan kulit dan ratakan ton kulit. Bila disapu sekaligus, hasilnya? Wajah bersinar ahan lama dan tampak seperti anda memakai filter!

2. KRAVEBEAUTY BEET THE SUN LIGHTWEIGHT SUNSCREEN SPF 50+ PA++++
Pilihan Beauty Director GLAM, krim tabir suria Krave Beauty ini sangat selesa apabila disapu pada kulit wajah! Yang penting tidak rasa memakainya berlapis2. Teksturnya yang ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan whitecast itu yang kita cari! Formulanya diperkaya dengan ekstrak beetroot kitar semula yang lindungi kulit dari UV dan pencemaran, sambil pastikan kulit kekal lembap dan bersinar. Sesuai untuk kulit sensitif dan tak sumbat pori. Jadi memakai krim tabir suria bukan lagi satu bebanan, tapi satu langkah penjagaan yang menyenangkan.

3. OUAI SUPER DRY SHAMPOO IN MELROSE PLACE
Rambut berminyak di waktu kemuncak! OUAI Super Dry Shampoo penyelamat setiap wanita mahupun lelaki. Hanya sembur terus pada akar rambut, dan dalam masa beberapa saat, rambut akan tampak segar, volume dan seperti baru sahaja membasuh rambut. Lebih menyenangkan ia ditemani aroma harum seperti nota Bergamot, Lychee, White Musk yang membuat rambut baru selepas membasuh di salun rambut.

4. SOL DE JANEIRO BEIJA FLOR JET SET
Set travel-friendly ini adalah transformasi mandian biasa ke pengalaman eksklusif seperti berada di spa. Renewing Body Wash mengandungi kandungan Flower Acids, Vegan Squalane dan bio-retinol yang bertindak sebagai melembapkan kulit, manakala Elasti-Cream pula kunci kelembapan tu supaya kulit kekal lembut dan anjal. Setelah mandian, jangan lupa untuk terus kekal harum bersama Cheirosa 68 Perfume Mist untuk wangian fruity-floral yang tahan lama. Set ini mudah dibawa untuk mengembara dan sesuai dengan rutin penjagaan diri anda yang ringkas.

5. Estée Lauder Teruskan Komitmen Melalui Kempen Kanser Payudara 2025
Estée Lauder Malaysia sekali lagi tampil dengan Kempen Kanser Payudara tahunan mereka untuk 2025, dengan misi yang jelas. Tahun ini, kempen berfokus pada mesej penting: “Penjagaan Payudara adalah Penjagaan Diri”, satu ajakan untuk semua wanita mengambil tindakan proaktif dalam menjaga kesihatan payudara, bukan sekadar tahu, tapi bertindak. Sempena kempen ini, Estée Lauder menampilkan serum Advanced Night Repair dalam rekaan edisi terhad dan juga set gincudalam edisi terhad seperti lipstik Pure Color Creme, lipstik Pure Color Explicit Silk Matte, Lip Gloss Dynamic dan beg kosmetik berona merah jambu.

Artikel berkaitan 7 Selebriti Terkenal yang Berjuang Melawan Kanser Payudara
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

