Rahsia Tubuh Badan Toned

Rahsia Tubuh Badan Toned

Sexy and fit belly on young womanGambar: INGimage

 
Tubuh badan cantik serta toned menjadi dambaan setiap wanita. GLAM singkap rahsia tubuh badan toned melalui senaman yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bentuk badan idaman ini.
 
1. Sebelum bermula, pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan dahulu.
 
2. Senaman Pendaki Gunung (Cross-Body Mountain Climber)
Lakukan posisi seperti push-up dengan meluruskan badan, kemudian gerakkan kaki kanan dengan menghalakan bahagian lutut ke siku tangan kiri anda. Lakukan berselangan antara kaki kiri dan kanan. Ianya bertujuan untuk membina otot pinggul dan belakang.
 
3. Squat Sebelah Kaki
Letakkan kerusi atau sofa di belakang anda, kemudian gerakkan kaki kanan anda ke belakang dan letakkannya di atas sofa tersebut. Posisikan kedua belah tangan di bahagian pinggang. Selepas itu, squat ke bawah sehingga lutut kanan anda mencecah lantai. Teruskan sehingga mampu dan beralih pula ke kaki kiri. Senaman ini bagus untuk membina otot hadapan dan dalaman peha selain melatih keseimbangan serta fleksibiliti.
 
4. Push-up Menggunakan Bola Senaman
Senaman ini bertujuan membentuk bahagian dada, bahu, lengan dan teras badan. Letakkan bola senaman di bawah kaki anda, kemudian posisikan badan untuk melakukan push-up. Pastikan badan sentiasa lurus semasa melakukan senaman ini.
 
5. Jump Squat
Untuk membentuk bahagian kaki, lakukan senaman ini dengan berdiri menjarakkan kaki seluas bahu anda. Kemudian, squat ke bawah dan halakan kedua belah tangan ke hadapan. Lompat ke atas menggunakan daya kuat sambil menghayunkan kedua belah tangan ke belakang.
 
 

See also
Lancôme Memperkenalkan Idôle Le Parfum Baharu