Rahsia Solekan Harian Song Hye Kyo - Glam Malaysia
Rahsia Cantik Song Hye Kyo

Rahsia Solekan Harian Song Hye Kyo

Mengimpikan kulit semulus aktres terkenal, Song Hye Kyo. Jenama kecantikan Sulwhasoo menampilkan rejim solekan harian tanpa mengeringkan kulit.

Fenomena K-Beauty telahpun menakluki dunia kecantikan. Trend ini juga turut meraih perhatian buat newbie yang baru hendak berjinak dalam cantikkan diri. Ada sahaja tip atau idea baru yang akan dijadikan ilham. Jenama kecantikan mewah lagi terkemuka, Sulwhasoo menampilkan rangkaian produk terbaru dalam menyambut kedatangan tahun 2021.

AKTRES SONG HYE KYO BERSAMA SULWHASOO PERFECTING FOUNDATION
AKTRES SONG HYE KYO BERSAMA SULWHASOO PERFECTING FOUNDATION

Melalui rangkaian “Perfecting Makeup” cukup terkenal dengan ilham Perfecting Cushion EX, kini ia ditambah lagi dengan dua produk terbaru iaitu Perfecting Foundation dan Perfecting Powder  yang mampu melitupi kesan cela dengan sepantas kilat. Tidak diragukan lagi, bahawa kebanyakan wanita di Asia mengenakan solekan sekurang-kurangnya lima kali seminggu dan selama lebih dari 10 jam sehari. Oleh itu, Sulwhasoo mengambil inspirasi dari hanji iaitu sejenis kertas yang wujud sejak berkurun lamanya. Lantas idea ini digabungkan bersama teknologi mekap air-permeable untuk menghasilkan produk telap udara dan selesa dipakai sepanjang hari.

See also
#GLAMLokal : Sains Neurogenik Rahsia Putryana Untuk Malaysia

Sulwhasoo Perfecting Foundation, RM250

PERFECTING FOUNDATION
PERFECTING FOUNDATION

Hadir dengan tekstur cecair yang bawakan kesegaran berpanjangan di samping melitupi ketidaksempurnaan kulit dengan liputan lebih sekata. Dengan formula dan teknologi yang lebih moden yang digunakan, pengguna tidak perlu bimbang tentang liang-liang pori yang tersumbat. Malah, produk ini memberikan kesan tahan lama sehingga 12 jam. Terdapat dalam lima rona berbeza iaitu 13N Ivory, 17N Vanilla, 21N Beige, 23N Sand, dan 25N Amber. Malah, mampu melindungi kulit dari sinar UV kerana turut mengandungi SPF 17

Sulwhasoo Perfecting Powder, RM230

PERFECTING POWDER
PERFECTING POWDER

Selain daripada itu, produk kedua daripada rangkaian ini adalah Perfecting Powder. Dengan formula ‘moisture coating powder’ yang direka agar sesuai buat kulit dengan melembutkan dan tidak mengeringkan. Formula kelembapan yang diasaskan oleh squalane mampu memberikan ketahanan pada kulit serta cahaya sinaran yang lebih dalam pencapaian kulit glow yang sempurna. Tidak seperti produk serbuk padat yang lain, Perfecting Powder mampu memberikan warna kulit yang sekata, dan tidak meninggalkan serbuk yang berlebihan di antara garisan halus serta liang kulit pada wajah. Terdapat dalam tiga rona berbeza iaitu #1 Transparent (Universal Shade), 23N Sand, dan 25N Amber.

See also
Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik

Artikel berkaitan Tampil Seksi Dalam Masa Lima Minit