Use your ← → (arrow) keys to browse
Reimaginasi Gincu Merah
Siapa kata gincu merah tidak boleh diinterprestasi dalam pelbagai bentuk. Trend musim ini hadir dengan pilihan bibir berkaca dengan pilihan warna serba ultra-bold. Berpigmentasi tinggi warnanya dan mewah formulanya serlahkan bibir mungil kala di musim luruh. “When you kiss the whole night, your lipstick goes a little bit outside the lines,” kata jurusolek selebriti Inge Grognard. Ilham subversif dan bibir berlapis warna di Vivienne Westwood cukup cetus fokus berbeza. Pilihan tekstur matte dan monokrom berkilau kembalikan kegemilangan bold lips di Nina Ricci.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”