Use your ← → (arrow) keys to browse
Hiasan Badan
Dunia solekan kini berada dalam dimensi baru. Moshino hadir dengan ilham ‘body-paint’ di pentas inspirasi Jungle Farm dan Old Hollywood. Calitan cat di badan adalah ilham daripada percikan warna di lautan oleh jurusolek selebriti, Kabuki. Blumarine selesa dengan trend Y2k di mana perhiasan badan dalam siluet rama-rama. Menurut jurusolek selebriti, Inge Grognard rekaan siluet ini yang dipenuhi dengan kristal adalah alternatif terbaru.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”