Use your ← → (arrow) keys to browse
Visual Prismatik
Solekan mata dua-tona hadir menghiasi pentas musim luruh 2021. Seperti yang dilihat di Giambttista Valli yang berinspirasikan ‘Pansy Flowers’ oleh jurusolek selebriti Helene Vasnier. Versace hadir dengan landasan solekan mata cat-eyes elektrik cukup dramatik dan edgy. Dalam padanan warna cyan, fuchsia atau merah. Kontur wajah dengan pemerah pipi dramatik dalam warna terang di Molly Goddard cetus kelainan untuk ilham solekan belakang pentas Vivienne Westwood.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”