Use your ← → (arrow) keys to browse
Rutin penjagaan kulit yang salah seperti penggunaan bahan aktif dan berasid, boleh mengundang kepada risiko skin barrier rosak dan meradang. Ikuti beberapa petua berikut untuk membaiki skin barrier yang rosak.
Skin barrier adalah lapisan sel kulit paling luar yang melindungi bahan merbahaya daripada merosakkan kulit, tetapi lapisan kulit ini juga agak halus. Pembersihan atau pengelupasan yang berlebihan atau mencampur dan memadankan pelbagai jenis bahan aktif dalam pelbagai produk penjagaan kulit dalam satu masa boleh mengundang kepada kerosakkan pada skin barrier dan mudah terdedah kepada jangkitan, perengsa dan alergen . Petanda biasa adalah seperti kemerahan-merahan pada kulit (tanda keradangan), gatal, mengelupas dan kekeringan.