Dalam mengekalkan legasi kepada alam semula jadi, Björk and Berries punya falsafah tersendiri. Setiap produk dihasilkan adalah selamat dan menepati piawaian yang ketat. Digelar sebagai ECOLUXURY CRITERIA. ECO bermaksud setiap ramuan yang terpilih adalah daripada alam semulajadi yang menggunakan formula bersih dan tidak toksik terhadap kulit, manusia, haiwan dan alam semulajadi. Mewah dari segi cara pembuatan yang halus dari segi tekstur dan aroma. Menerusi koleksi wangian terbaru Mareld Eau De Parfum yang diilhamkan oleh fenomena laut yang jarang berlaku seperti kewujudan makhluk ajaib, plankton kecil menerangi perairan gelap dan meninggalkan sinaran cahaya biru. Nota aroma cukup segar dengan kehangatan kayu Bergamot, Violet dan Tonka. Setiap haruman di Björk and Berries Eau de Parfums merupakan vegan, ramuan semulajadi sebanyan 80-100%, kandungan organik yang diiktiraf 10-100%, tiada kandungan parabens, mineral oils, PEG, SLS/SLES , MI (MIT), MGI/MI atau silikon dan penghasilan dari Sweden.
Set mandian dan losyen badan Björk and Berries September