Disebalik tradisi yang bermula sejak 1870, pengasas William Penhaligon ketika itu bergelar tukang gunting rambut buat golongan bangsawan. Hanya dengan sekadar bereksperimen mencipta haruman pertamanya iaitu Hamman Bouquet, yang berinspirasikan mandian Turki ini mencetus fenomena. Aromanya pula cukup eksotik dan memikat hati pabila terhidu. Lalu, meraih perhatian golongan elit London dan keluarga Diraja. Lalu, bermulalah sejarah yang dipenuhi dengan warisan British klasik kerana wangian Penhaligon’s terus dihormati sepanjang abad dan masih kekal abadi walaupun berada dalam era wangian moden. Penhaligon’s satu-satunya jenama wangian yang memegang dua waran Diraja yang berprestij dengan menawarkan pelbagai haruman luar biasa. Koleksi paling sempurna di ruangan British Tales merupakan pilihan cukup luar biasa aromanya. Seperti menyelami ke kisah menarik disebalik aroma klasiknya. Haruman kegemaran ramai, THE FAVOURITE menyapa setiap wanita anggun. Nota aroma bunga Iris, kasturi dan sandalwood menyelami personaliti feminin dan anggun.