3 Pelembap Bibir Ini Berguna Di Bulan Ramadan - Glam Malaysia

3 Pelembap Bibir Ini Berguna Di Bulan Ramadan

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Masalah kulit kering di bulan Ramadan bukan perkara asing. GLAM bariskan 3 pelembap bibir terbaik sebagai perapi bibir selama 24jam.

Bibir merekah dan berdarah bagaikan sudah jadi masalah normal bagi sesetengah orang pabila berada di lokasi terlalu sejuk termasuklah saya. Atau kurang minum air memang akan menyebabkan tubuh kering termasuklah bibir. Bila bibir kering datanglah masalah bibir merekah dan berdarah. Waktu-waktu sejuk memang begitu, kadang-kadang tak perlu sejuk, di dalam negara kita yang panas lembap ini pun kalau kurang minum air memang boleh menyebabkan bibir berdarah. GLAM Bariskan 3 produk terbaik sebagai penawar kepada bibir kering, merekah mahupun berdarah

DIOR ADDICT LIP GLOW

Cetus keselesaan dan penjagaan maksimum! Dengan teknologi baharu, pelembap bibir ini bertindak balas dengan tahap kelembapan bibir mengikut warna dan punya kilauan halus yang bertahan selama 6 jam. Malah, bibir akan terhidrat selama 24 jam. Ramuan utama punya kandungan semula jadi sebanyak 97% yang mengembalikan warna bibir asli. Dior Addict Lip Glow ini boleh dipakai sendirian atau sebagai primer bibir sebelum gincu. Teksturnya pula sangat sesuai untuk bibir yang punya masalah kering dan merekah. Antara kandungan yang meraih perhatian GLAM seperti minyak ceri yang membantu membina semula dan memberi kesan semulajadi terhadap bibir. Shea Butter pun meninggalkan kesan lembut pada permukaan bibir.

See also
40 Mitos Cantik (Bahagian 2)