Bukan sahaja busana yang menjadi tumpuan ketika di pentas peragaan, tetapi setiap inci model yang dihantar berjalan ke pentas turut diperhatikan. Dari penataan gaya rambut, solekan, hinggalah ke seni kuku, semuanya diambil berat. GLAM himpunkan antara nail art yang dapat dilihat di pentas Fall/Winter 2015. Dari New York hinggalah ke London, seni kuku di jari peragawati tampil berbeza. Warna metalik seakan trend di pentas New York seperti ditunjukkan Naem Khan dan Karen Walker. Ungu juga pilihan hangat di Anna Sui dan Oscar de la Renta. Seni grafik dan playful ditunjukkan Jeremy Scott dan Nicole Miller. Manakala Vivienne Westwood tampil bold dengan kuku panjang dalam rona berlainan.