Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya - Kylie Jenner Atau Rihanna? - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya - Kylie Jenner Atau Rihanna?

Mogul Kecantikan Mana Lebih Kaya – Kylie Jenner Atau Rihanna?

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kylie bermula awal dua tahun daripada Rihanna dan sebagai usahawan baharu, kit bibir yang dijualnya agak mahal iaitu pada harga RM120. Namun ia habis dijual dan kejayaan ini adalah hasil sokongan peminat-peminatnya di media sosial.  Pada hujung 2016, Kylie Cosmetics dilaporkan memperoleh RM1.2 bilion sebelum melonjak naik kepada RM3.2 bilion pada 2018.

Rangkaian solekan ini diinspirasikan daripada rasa tidak yakin Kylie terhadap bibirnya yang nipis sewaktu remaja. Apa yang bermula sebagai projek peribadi telah mengubah usahawan ini menjadi salah seorang selebriti muda terkaya di Hollywood, dengan nilai kekayaan RM3.6 bilion.

Kylie Cosmetics sales fall 14% as gloss dims
Foto: Getty Images

Perniagaan Rihanna pula mencipta sejarah sebagai salah satu jenama kosmetik paling berjaya sejak mula dilancarkan pada 2017, dengan jualan mencecah RM2.4 bilion pada tahun pertama.

Peminat dari pelbagai latar belakang dan warna kulit menggelar Fenty Beauty sebagai pilihan utama mereka kerana jenama ini antara yang pertama menawarkan inklusiviti dengan menjual bedak asas dalam 40 tona berbeza.

See also
Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu