Mitos Pembedahan Kosmetik di Asia

Mitos Pembedahan Kosmetik di Asia

plastic surgeon and nurse with patientGambar: Ingimage

 

Sejauh mana kebenaran mitos berkenaan pembedahan kosmetik di Asia? Let’s debunk them!

 

Kebelakangan ini, minat wanita Asia semaking meningkat tentang pembedahan plastik di Asia. Ramai yang tidak tahu lagi bersedih kerana mempunyai rupa paras kurang sempurna kerana semuanya boleh dilakukan sekelip mata dengan pembedahan plastik yang langsung memberi hasil segera lagi memuaskan. Ramai wanita Asia yang berjaya mengubah wajah mereka menjadi lebih baik dan ada yang tidak. Perkara ini telah menimbulkan salah faham Barat mengenai topik pembedahan di Asia lebih-lebih lagi ada media Barat mula meneluarkan mitos mengenainya.

 

Mitos 1 – Orang Asia ingin kelihatan putih, seperti orang Barat.

Kebenarannya: Ini benar tetapi hanyalah sesetengah sahaja. Orang Asia yang menjalani pembedahan plastik hanya mahu menukar penampilan fizikal mereka namun ia tidak semudah itu. Rata-rata orang Asia memilih pembedahan mata untuk mencapai efek mata besar dengan melakukan pembedahan di Korea. Ini membuktikan bahawa orang Asia tidak hanya memilih untuk memfokuskan pada pencerahan kulit sahaja. Nyata gelombang kosmetik Korea mendapati adalah lebih menarik dengan memiliki mata besar, hidung yang jelas dan wajah yang kecil, runcing seakan-akan boneka atau kebudak-budakan.

See also
Kérastase Genesis Rangkaian Terbaik Anti-Rambut Gugur

 

Mitos 2 – Kerana K-Pop dan hiburan dari Korea, orang Asia menemui obsesi baru dengan mengilai pembedahan plastik.

Kebenarannya: Pernah anda mendengar make-over yang dikenali sebagai “Let Me In” yang mana boleh mengubah fizikal menarik secara metaforanya menjadi angsa yang indah. Walaupun tidak ada rancangan seumpama itu di Malaysia namun tempiasnya pasti mengena. Asia dan Barat sama rancaknya mengilai pembedahan plastik ini. Mana satu yang terbaik masih menjadi tanda tanya kerana Asia dan Barat, kedua-duanya mempunya rekod artis masuk hospital kerana tidak berjaya dalam melakukan pembedahan plastik, seperti yang berlaku kepada Tara Reid dan banyak lagi.

 
Mitos 3 – Pembedahan double jaw berbunyi nasty, siapa yang berani melakukannya? Ia tidak ideal dan tidak sihat!
Kebenarannya: Bila bercerita mengenai tubuh badan ideal dan tidak sihat mengapa tidak mengambil penting berat badan wanita Asia? Kebanyakan wanita Asia lebih kurus dan ramping berbanding wanita Barat. Hakikatnya, bulimia nervosa biasanya diamalkan untuk mengehar berat badan ideal. Sesetengah wanita mengamalkan berat badan yang tidak sihat yang berada di bawah paras BMI yang sihat. Ada yang berpendapat pembedahan double jaw adalah usaha yang tidak sihat jika kita terlalu taksub dengannya. Berundinglah dengan pakar bedah plastik yang diperakui. Jika anda menjalani pembedahan yang meragukan, you’ll get what you pay for!
 
 

See also
Sembang Fesyen: Harvee Kok