Mira Filzah Cantik Persis Gadis Korea - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Mira Filzah Cantik Persis Gadis Korea

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah rutin penjagaan kulit wajah anda pilihan anda?

Skrub muka. Saya tidak pernah tinggal rutin ini, saya hanya memilih skrub jenis permukaan tidak kasar dan halus apabila disapukan di muka. Selepas membersihkan kulit wajah, saya akan skrub muka untuk membuang kotoran pada kulit wajah. Kadang-kala kulit wajah tidak sebersih yang disangka walaupun sudah membersihnya. Oleh itu, skrub adalah pilihan saya dan seterusnya saya akan letak pelembap atau serum. 

Apakah teknik rahsia anda untuk meremajakan kulit wajah?

Istimewa untuk GLAM, saya tunjukkan cara untuk mengurut wajah dengan hanya menggunakan belakang jari sahaja. Idea ini saya dapat di laman TikTok dan ternyata ia sangat berkesan. Wajah haruslah diurut untuk melancarkan peredaran darah dan juga membantu kulit lebih anjal. Cara urutan ada dalam segmen video di GLAM TAKE OVER anda boleh lihat di situ bagaimana saya lakukan secara harian.

Pernahkah anda amalkan ritual cantik secara tradisional?

Saya tidak pernah amalkan ritual cantik secara tradisional. Cukup sekadar minum air putih banyak setiap hari. Kerana ia membantu kulit lebih bersinar dan sihat. Sama juga dengan penjagaan rambut. Cukup air dalam badan sudah boleh menjaga keseluruhannya.

See also
GLAM Kongsi 5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
GAMBAR OLEH ARKIB GLAM